Menyelam selamatkan kampit beras
January 2, 2015
KOTA BHARU - “Demi sesuap nasi, kami sanggup pertaruhkan nyawa menyelam di dalam air banjir bagi mendapatkan beberapa kampit beras yang tenggelam,” kata Nor Azizah Jaafar, 44, mangsa banjir di kawasan Manek Urai Lama, di sini.
Dengan meminta bantuan beberapa orang anak muda di kampung tersebut untuk mendapatkan kampit beras berkenaan, Nor Azizah yang juga peniaga nasi di Manek Urai Baru, berjaya memasak makanan untuk lebih 2,000 mangsa banjir, yang mendapatkan perlindungan di salah sebuah surau berdekatan.
“Beras yang diselamatkan itulah yang menjadi makanan kami selama beberapa hari sebelum bantuan tiba dan saya cuba sebaik mungkin untuk berjimat cermat, masak nasi goreng dan ikan sardin buat mereka.
"Itu sahajalah yang kami makan beramai-ramai dalam keadaan serba kekurangan," katanya sebak.
Paling menyedihkan katanya, pada hari ketiga di surau tersebut, mereka terpaksa mengambil air lopak untuk dijadikan minuman selepas tidak mendapat sumber air bersih untuk makan dan solat.
“Kami tidur berhimpit macam ikan sardin, duduk dekat-dekat, masing-masing sejuk dan kebasahan, malah ada yang tidur sambil berdiri, sambil duduk dan pelbagai lagi.
"Ia pengalaman yang tidak akan saya lupakan seumur hidup, susah dan senang kami bersama,” katanya.
Berikutan banjir besar itu, rumah Azizah juga hampir musnah dan dipenuhi lumpur apabila banjir membawa arus deras melanda kawasan tersebut sehingga menyebabkan ada penduduk yang terpaksa naik ke bukit untuk menyelamatkan diri.
Sementara itu, Aminah Ahmad, 48, yang menumpangkan empat keluarga di rumahnya sejak minggu lalu turut sama merasai kesedihan selepas rumah mereka yang terlibat banjir musnah, kesan arus deras.
“Saya amat sedih melihat penduduk yang kehilangan rumah. Walaupun saya hanya hilang sebuah kenderaan yang gagal diselamatkan semasa di bengkel, namun ia tidaklah seberat ujian mereka yang hilang tempat berteduh,” katanya yang juga Ketua Muslimat Pas Manek Urai.

No comments:
Post a Comment