Monday 19 January 2015

Terjatuh cari nenek

Oleh Hadzlihady Hassan
Bayan Lepas: Seorang budak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 13 rumahnya di pangsapuri di Jalan Rajawali, I-Park, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 7.30 pagi itu, Muhammad Alif Hamizan Abdul Khalid berusia lima tahun dikatakan terjatuh melalui tingkap dapur rumahnya.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak terbabit tiada di rumah dan mangsa tinggal bersama neneknya.
"Ketika itu neneknya menghantar kakak kanak-kanak itu ke sekolah dan meninggalkan mangsa yang sedang tidur .
"Mangsa terjaga sebelum membuka pintu besi bahagian dapur dan terus terjatuh," katanya.
Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 
Selasa, 20 January 2015 @ 11:21 AM 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25035?m=1#sthash.7LCCfyhl.dpuf

No comments:

Post a Comment