Monday, 12 January 2015

Nazri Kunci Mulut Isu K-Pop

Gambar : FmtGambar : FmtKUALA LUMPUR : Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz enggan mengulas isu konsert K-Pop yang menggemparkan negara apabila gadis Melayu dicabul artis ketika program tersebut Sabtu lalu.
Menurut beliau, soalan tersebut sesuai diajukan kepada pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana aktiviti tersebut berkait rapat dengan bidang kuasa kementerian itu.
“Itu kena tanya Kementerian Komunikasi, kerana mereka yang mengeluarkan lesen untuk membenarkan artis luar negara untuk datang,” jelas beliau.
Terdahulu beliau merasmikan majlis Mesyuarat Pengarah Pelancongan Malaysia Luar Negeri di Hotel Shangri-La.
Pada masa sama, Nazri berkata, kementerian beliau akan mengambil tindakan untuk membaik pulih kawasan pelancongan yang terjejas akibat banjir.
“Kita akan ambil tindakan selepas banjir, selepas itu kita akan membuat audit, apakah barang-barang pelancongan yang rosak yang memerlukan bantuan kita,” katanya.
Jelas beliau, pihaknya juga akan memaklumkan kepada Kementerian Kewangan menganai jumlah kos yang diperlukan bagi membaik pulih kembali kawasan pelancongan yang terjejas akibat banjir.

-Fmt

No comments:

Post a Comment