Tuesday 13 January 2015

Sehari Sepotong Hadis Sebagai Pelembut dan Penenang Jiwa

Hadis 42  – Kitab Hadis 40 Imam Nawawi
Luasnya Pengampunan Allah

Daripada Anas Ibn Malik r.a. beliau berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT berfirman:
“Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, maka Aku akan ampunkan segala dosa yang telah lalu, dan Aku tidak mempedulikannya. Wahai anak Adam!, Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah sampai setinggi langit lalu engkau memohon ampun kepada-Ku nescaya Aku akan ampuni. Wahai anak Adam! Sesungguhnya andainya engkau datang kepada-Ku dengan dosa-dosa seluas permukaan bumi, lalu engkau datang menemui-Ku tanpa engkau menyekutukan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang padamu dengan keampunan seluas bumi juga.”

Hadis riwayat al-Iman al-Tirmizi dan al-Baghawi.


Pengajaran Hadis :
Hadis ini menjelaskan betapa besar dan luasnya rahmat dan belas kasihan Allah SWT yang tidak terbatas bagaikan lautan tidak berpantai. Allah berjanji akan mengampunkan segala dosa hamba-hamba-Nya yang berdosa walau berapa banyak dosa kesalahan tersebut selagi mana mereka berdoa, minta ampun dan mengharapkan keampunan-Nya dan seseorang itu mati dalam Iman, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Syirik adalah dosa besar paling dahsyat yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT walaupun semasa di dunia dia seorang yang baik, beramal soleh dan melakukan banyak kebajikan. Amal soleh tidak memberi apa-apa erti apabila dihimpunkan berserta syirik. Sebaliknya, orang-orang yang melakukan dosa yang bertimbun banyaknya, dia masih mempunyai harapan untuk mendapat kurnia dan pengampunan Allah SWT, Tuhan yang Maha Pengampun dengan sebab kelebihan imannya. Hadis ini tidak bertujuan menggalakkan orang-orang mukmin melakukan dosa, sebaliknya ia hanya menunjukkan peri betapa besar dan luasnya rahmat dan keampunan Allah SWT. Bertauhid kepada Allah adalah kunci mendapat pengampunan. Orang yang beriman dan tidak melakukan syirik tidak kekal dalam neraka, akhirnya akan dimasukk

No comments:

Post a Comment