Enam beranak hidup menumpang
August 6, 2014
BERA - Sepasang suami isteri bersama empat anak mereka terpaksa hidup menumpang di sebuah rumah yang terlalu usang yang dimiliki salah seorang peneroka di sini.
Mohd Rafta Rasmi, 38 dan Rosnani Mat Yaman, 38 tidak berkemampuan menyediakan kediaman yang selesa untuk anak-anak mereka kerana pendapatan yang ada hanya mampu untuk menampung keperluan asas mereka.
Menurut Rosnani, sebelum ini dia pernah bekerja untuk membantu suaminya namun terpaksa berehat di rumah selepas menjalani pembedahan sejak April lalu.
“Saya juga mengidap diabetes dan perlu mengambil suntikan insulin sebanyak empat kali sehari. Keadaan diri sendiri sering lemah dan tidak mampu untuk melakukan kerja berat.
“Jadi sekarang ini, suami sahaja yang mencari rezeki untuk kami,” katanya.
Semasa tinjauan Sinar Harian, suami Rosnani tiada di rumah kerana menoreh getah sementara anaknya ke sekolah.
Difahamkan, keluarga ini tidak pernah memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Rosnani berkata, ada di antara anaknya menerima bantuan zakat sekali setahun dan Biasiswa Yayasan Pahang, dan bantuan itu sekurang-kurangnya dapat membantu keselesaan anaknya untuk belajar.
“Sebagai anak peneroka, suami saya tetap mahu menetap di tanah rancangan ini sebab keluarga masih ramai di sini dan hubungan kami baik.
“Adik-beradik suami ada 12 orang, jadi tidak sesuai kami menumpang di rumah mertua. Sudah 15 tahun kami menetap di rumah ini dan kami hanya perlu bayar bil air dan elektrik sahaja,” katanya.
Keadaan rumah asal peneroka ini yang hanya mempunyai satu bilik agak menyukarkan lebih-lebih lagi mereka mempunyai dua anak lelaki berumur 15 dan 16 tahun manakala anak perempuan berusia lima dan enam tahun.
Perkara ini turut dimaklumkan kepada JKM dan Pegawainya, Rohaida Ismail untuk siasatan lanjut.
Dalam kunjungan itu, Rosnani turut menerima sumbangan barangan makanan dari Pejabat Khidmat Adun Guai bagi membantu beban yang dihadapi.

No comments:
Post a Comment