Berteduh di rumah sempit
September 2, 2014
KAMPUNG RAJA – Sepasang suami isteri bersama empat anak mereka berusia antara 2 hingga 7 tahun hanya mampu tinggal di dalam sebuah rumah kecil bersaiz kira-kira 4 meter persegi akibat kesempitan hidup.
Pasangan itu, Kamaruddin Azmi, 32 dan Suhaila Mat Idris, 27, tinggal bersama empat anak iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki di Kampung Pengkalan Nyireh, di sini.
Menurut Kamaruddin, rumah didiaminya kini dibina sendiri di belakang rumah nenek Suhaila.
Namun katanya, akibat terlalu sempit, mereka sekeluarga terpaksa menggunakan ruang sama untuk tidur dan memasak sejak dua tahun lalu.
“Saya tidak mampu bina rumah kerana tak ada kerja tetap, hanya mencari lokan di sungai berdekatan dengan pendapatan tidak menentu sekitar RM30 sebulan,” katanya.
"Malah, selama ini saya tidak pernah memohon bantuan melalui JKKK kerana masih mempunyai kudrat untuk bekerja," katanya.
Sementara itu, kata Suhaila, anak sulungnya kini belajar di tahun satu di Sekolah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah, namun kerap ponteng sekolah kerana tidak mempunyai wang belanja.
Malah katanya, anak keduanya berusia 6 tahun juga jarang ke prasekolah akibat masalah sama.
"Kadang-kadang sampai seminggu dia (anak sulung) tidak pergi ke sekolah akibat masalah kewangan.
“Malah, kami juga terpaksa ikat perut kerana beras dan lauk tiada disebabkan tidak ada wang untuk membeli keperluan itu,” katanya.
Bagaimanapun, kesempitan hidup enam beranak itu mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) yang melakukan kunjungan diketuai Penolong Pengarah Baitulmal Maidam, Azmi Tengah ke rumah mereka, semalam.
Dalam kunjungan itu, Azmi menyampaikan sumbangan tunai RM250 dan barangan makanan, selain membantu memproses untuk menimbangkan pemberian bantuan bulanan serta membina rumah baharu.
Kata Azmi, Kamaruddin merupakan seorang daripada 50 keluarga asnaf di daerah ini yang dilawati Jabatan Baitulmal Maidam melalui Program Intai Asnaf 2014, semalam.
Menurutnya, kakitangan Maidam yang turut disertai Pengarah Baitulmal Maidam, Mohd Noor Mohamad itu dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang bergerak ke Hulu Besut, Jabi, Kota Putera dan Kuala Besut.
“Menerusi program ini, kami turun padang mencari orang miskin yang layak menerima bantuan termasuk yang sudah menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya yang turut disertai wakil JKKK.
Di Jabi, Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan Adun Kuala Besut turut serta dalam program mengagihkan bantuan tersebut.

Artikel Berkaitan
- Lebih 2,000 rumah kos rendah dibina di Kelantan
- Berteduh di rumah sempit
- 30 rumah rosak dilanda ribut
- Sewa rumah sepanjang hayat
- Tidak perlu politikkan isu rumah
- 10 sekeluarga huni rumah kecil
- Warga DBKL terima surat tawaran rumah kos rendah
- 'Dua kali makcik ke Baitulmal'
- Lari dari rumah selepas kena marah
- ‘Syurga’ tiga beranak mereput
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment