Pas tidak gentar taktik kain rentang fitnah
September 21, 2014
TUMPAT - Pas mengharapkan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya dapat membuang semua kain rentang fitnah yang digantung bertaburan di sekitar Pengkalan Kubor.
Pengarah Operasi PRK Dun Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, tindakan segera perlu dilakukan bagi mengelak kemungkinan berlaku serangan balas oleh mana-mana pihak.
Menurutnya, beliau menyedari kain rentang yang didakwa cuba mempengaruhi penyokong Pas sempena kempen PRK Pengkalan Kubor itu digantung sejak beberapa hari lalu.
"Taktik kontroversi ini jelas menunjukkan parti lawan (BN) sudah mula terdesak dengan gerak kerja yang dilakukan oleh Pas ketika masa berkempen sudah berbaki tiga hari lagi," dakwanya kepada Sinar Harian hari ini.
Tinjauan mendapati kain rentang yang memaparkan gambar Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din dengan memetik kata-kata menggambarkan kekecewaan pemimpin itu terhadap keputusan Majlis Syura Pas digantung di tepi-tepi jalan raya.
Selain itu, turut digantung kain rentang menggunakan gambar Naib Presiden parti, Datuk Husam Musa bersama kata-kata "Pas tidak Serius Hudud".
Kain rentang berkenaan terdapat di sepanjang jalan utama dari Jalan Neting menuju ke Pengkalan Kubor.
Wan Rahim mendakwa ia dilakukan oleh parti lawan kerana sudah kehabisan idea untuk menyerang Pas dan ketandusan panduan bagi menggugat sokongan rakyat.

No comments:
Post a Comment