Monday, 9 May 2016

BERSEGERA MENCARI KEAMPUNAN TUHAN.

{ وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ }
[ آل عمران : 133 ]
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (133) [Ali Imran : 133]

Shaikh Ibn al-Uthaimin dalam Syarah Riadussolihin menerangkan bahawa menuju keampunan tuhan dilakukan dalam dua bentuk:

1- Taubat dan istighfar
2- Melakukan amal soleh kerana amal soleh akan menghapuskan dosa-dosa yang terdahulu.

Antara amal soleh paling utama ialah solat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ "
Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, beliau mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

 أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ نَهَرًا بِبَابِ أَحَدِكُمْ،
Apa pendapat kalian jika ada sebatang sungai di hadapan pintu salah seorang daripada kalian.

يَغْتَسِلُ فِيهِ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسًا،
Lalu dia mandi di situ sebanyak lima kali setiap hari.

مَا تَقُولُ ذَلِكَ يُبْقِي مِنْ دَرَنِهِ ".
Apakah kalian akan dapati masih ada kotoran (di tubuhnya)?

 قَالُوا لاَ يُبْقِي مِنْ دَرَنِهِ شَيْئًا.
Para sahabat menjawab: Tidak akan ada sedikit pun kotoran.

قَالَ " فَذَلِكَ مِثْلُ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ، يَمْحُو اللَّهُ بِهَا الْخَطَايَا ".
Baginda menjawab: Begitulah permisalan solat lima waktu. Allah memadamkan dosa-dosa dengannya.
[Sahih al-Bukhari, Kitab Mawaqit as-Solat, Bab Al-Solawat Al-Khams Kaffarah, hadis no: 528]

| www.fb.com/AlkahfiServices | www.alkahfi.com.my |

No comments:

Post a Comment