ADAB BERDZIKIR & BERDOA.
عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ فَجَعَلَ النَّاسُ يَجْهَرُونَ بِالتَّكْبِيرِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا النَّاسُ ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِنَّكُمْ لَيْسَ تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلَا غَائِبًا إِنَّكُمْ تَدْعُونَ سَمِيعًا قَرِيبًا وَهُوَ مَعَكُمْ قَالَ وَأَنَا خَلْفَهُ وَأَنَا أَقُولُ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى كَنْزٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ فَقُلْتُ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ قُلْ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Dari Abu Musa dia berkata; "Kami pernah menyertai RASULULLAH SAW. dalam suatu perjalanan. Tiba-tiba, ada beberapa orang sahabat bertakbir dengan suara keras. Mendengar suara takbir yang keras itu, RASULULLAH SAW. pun bersabda: 'Saudara-saudara sekalian, rendahkanlah suara kalian! Sesungguhnya kalian tidak berdoa kepada Zat yang tuli dan jauh. Tetapi kalian berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Dekat. Dia selalu beserta kalian.' Abu Musa berkata; 'Pada saat itu saya sedang berada di belakang RASULULLAH SAW. sambil membaca; 'Laa haula wa laa quwwata ilIa billaah' (Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan ALLAH). Kemudian RASULULLAH SAW. bersabda: 'Hai Abdullah Bin Qais, inginkah aku tunjukkan kepadamu salah satu perbendaharaan syurga? ' Saya menjawab; 'Tentu ya RASULULLAH.' RASULULLAH SAW. bersabda: 'Ucapkanlah, Laa haula wala quwwata illaa billaah' (Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan AIIah)."
(HR Muslim No: 4873)
Pengajaran:
1. Berzikir dan berdoa hendaklah dilakukan dengan beradab.
2. Antara adab berzikir dan berdoa adalah dengan menggunakan suara yang rendah dan perlahan, tidak perlu dengan mengeraskan atau menguatkan suara kerana Allah Maha Mendengar.
3. Barangsiapa yang membaca لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ (Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan AIIah) Akan dikurniakan kepadanya satu daripada perbendaharaan di Syurga.
Marilah sama-sama kita jaga adab-adab berzikir dan berdoa.
Penulis asal: UST. BASHER.
Tazkirah & Ilmu ii.
12 SYA’BAN 1437 H.
No comments:
Post a Comment