Keadaan bertambah kritikal apabila keraguan itu disusuli dengan serangan spekulasi dalam pasaran pertukaran asing. Kemudian ia dikaitkan dengan baki defisit pembayaran yang kronik dan krisis ini memuncak dalam penurunan nilai mata wang.
Dalam bahasa mudah, nilai mata wang boleh jatuh apabila hutang negara melebihi kebolehan untuk membayar balik hutang dan bunga tersebut. Kebiasaannya negara akan mencetak sejumlah wang kertas atau menangguhkan pembayaran untuk meredakan keadaan itu.
Apakah yang akan berlaku selepas penurunan nilai mata wang sesebuah negara?
Itulah persoalan yang mahu dirungkaikan di dalam artikel ini berdasarkan apa yang pernah berlaku sebelum ini.
1. Apabila mata wang jatuh, kerajaan akan cuba mengapungkan mata wang baru.
Pada 2009, dolar Zimbabwe telah lumpuh menyebabkan beberapa mata wang lain digunakan dan mata wang yang popular digunakan ialah dolar Amerika Syarikat kerana ia adalah mata wang simpanan di Bank Dunia. Tetapi kerajaan Zimbabwe telah mengenakan denda kepada mereka yang menggunakan dolar Amerika atau mata wang lain kerana kerajaannya mahu mengawal ekonomi dan rakyat.

WWW.INVESTOPEDIA.COM
Kebiasaannya nilai satu mata wang baru menyebabkan kadar pertukaran wang lama kepada wang baru boleh mencecah sehingga berbillion. Itulah antara sebab ramai orang menukarkan mata wang tempatan kepada mata wang lain yang lebih stabil. Dalam kes Zimbabwe ini, antara mata wang alternatif mereka ialah dolar Amerika Syarikat dan Afrika Selatan.
2. Situasi hiperinflasi berlaku membuatkan mata wang tidak bernilai lagi.
Rakyat Zimbabwe perlu membawa beg plastik untuk membawa wang bagi membeli barangan harian. Harga pula sekurang-kurangnya meningkat dua kali dalam satu hari.
Ini contoh penjual meletakkan harga 3 biji telur dengan nilaian 100 billion dolar Zimbabwean yang baru di Harare pada Jun 2015.
No comments:
Post a Comment