100 sukarelawan bersih kesan ribut
4 Jun 2015
KLUANG - Seramai 100 sukarelawan BN dari semua parti komponen dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah ini turun padang membantu mangsa ribut membersihkan kawasan perumahan di Taman Indah Jaya, semalam.
Turut terlibat, Majlis Perbandaran Kluang, SWM Environment Sdn Bhd (SWM) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
Ketua Biro Kebajikan Umno Bahagian Kluang Sakinah Bi Mohd Sadique berkata, pasukan sukarelawan itu dikerah sebaik bencana ribut berakhir kelmarin, dengan membuka bilik gerakan bagi membantu mangsa.
“Pagi ini (semalam) kita tambah sukarelawan untuk membantu membersihkan rumah mangsa dan jalan sekitar tiga taman iaitu Taman Koperasi Rakyat, Taman Ilham dan Taman Indah Jaya.
“Gerakan ini akan dilakukan hingga kerja pembersihan selesai bagi memudahkan pergerakan kenderaan di tiga taman terbabit,” katanya ditemui di lokasi, awal pagi semalam.
Sakinah berkata, sehingga jam 9 pagi semalam, 205 rumah telah didaftarkan di bilik gerakan di Taman Indah Jaya dan dijangka bertambah kerana kebanyakan mangsa terpaksa membersihkan kawasan rumah masing-masing.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kluang, Faizah Azmain berkata, sehingga jam 11 pagi semalam, seramai 205 keluarga telah mendaftarkan diri kepada pihaknya.

No comments:
Post a Comment