Monday 29 June 2015

Jika di lihat dewasa ini, makin ramai rakyat Malaysia yang gemar mengembara ke luar negara. Bagi kami ini adalah satu perkembangan yang baik kerana ini menunjukkan rakyat negara ini semakin gemar mencari dan meneroka cabaran baru.
Kali ini kami ingin perkenalkan anda dengan 2 gadis berani Bijan M Baki dan sahabat beliau Kim Eng yang telah 8 bulan melakukan road trip bersama-sama. Biasanya bukan mudah untuk travel lama-lama berdua kecuali bagi mereka yang telah benar-benar kamceng dan sekepala.
Bermula dari Mongolia, Bijan dan Kim Eng mengorak langkah meneroka negara asing hingga ke benua Eropah, seterusnya ke Turki dan Mesir.
Dari Mesir, 2 gadis ini bergerak pula untuk meneroka benua Afrika melalui Sudan. Tapi lain yang dirancang lain pula jadinya.
travel-ke-sudan-5
Salam dari Tanzania. Sori lambat. Aku tengah on the move. Lagipun aku memerah otak menjawab soalan exam mu. Hehehe.
Jom ikuti sesi soal jawab bersama Bijan.
S: Bijan cuba buat overland dari Mesir ke Afrikan Selatan dengan melalui Sudan. Kenapa nak cuba jalan ni? Adakah kerana ini jalan paling dekat atau atas sebab lain?
J: Sebab ini satu-satunya jalan yang ada dan boleh dikatakan selamat la jugak. Nak lalu Chad keadaan politik tak stabil. Begitu jugak Selatan Sudan. Negara Afrika tengah kebanyakan tak stabil. Route melalui Sudan kemudian Ethiopia paling selamat setakat ini. Tapi kena berhati-hati dengan jenayah dan jugak kemungkinan ancaman lain di sempadan-sempadan negara sebab kebanyakan negara Afrika ni tak baik antara satu sama lain. Tak macam negara-negara berjiran di Asia yang tak ada masalah langsung. Sempadan antara Mesir dan Sudan pun baru beberapa bulan di buka. Sebelum ni kena travel menggunakan bot.
kisah-travel-bijan-1
Waiting to cross to Sudan. Introducing another member of the pact Sim Poh Chuan from Kuching. 3 Malaysian trying to get to South Africa overland.
travel-ke-sudan-10
travel-ke-sudan-11
travel-ke-sudan-8
travel-ke-sudan-9
S: Sepanjang di Sudan (Khourtum) apakah yang telah di lalui?
J: Sudan ni antara salah satu negara yang disekat oleh US. ATM machine memang tak bole guna kat sana. Kita orang awal-awal lagi dah tukar duit. Disebabkan sekatan tu jugak duit Sudan tak boleh di dagangkan kat forex booth. So kita orang tukar duit kat pasaran gelap. Kena nego harga senyap-senyap lepas tu bila dah setuju, set masa untuk jumpa dan baru la duit bertukar tangan. Masa tukar tu dia orang bawak duit segumpal dalam plastik…hahaha. Rasa macam penjenayah pulak bila tukar duit kat black market.
Bila naik feri nak seberang Lake Nasser pun ramai forex booth bergerak ni. Dia orang pakai vest dan simpan duit dalam kocek kiri kanan vest tak ada pun rasa takut kena rompak.
travel-ke-sudan-23
Kami sebenarnya nak bergerak pantas keluar dari Sudan ke Ethiopia sebab Sudan mahal, harga tak setimpal dengan barangan. Tapi gagal mendapatkan visa. Kami sampai lewat petang Khamis. Kena tunggu hingga hari ahad untuk buat urusan rasmi. Lepas tak berjaya dapat visa Ethiopia, kita orang bincang mungkin patut cuba masuk melalui Selatan Sudan.
Bila pegi ke kedutaan Selatan Sudan, dapat layanan yang menyedihkan. Kami tanya soalan pasal visa pun kena marah dan di halau dari kedutaan Selatan Sudan. Jadi kita orang ambil keputusan batalkan laluan Selatan Sudan.
travel-ke-sudan
Cairo to Cape Town gagal di tengah jalan. Hehehehe… keciwe sungguh! Kami stuck tidak mampu bergerak di Khartoum. Gagal mendapatkan visa ke Ethiopia. Dari Khartoum dah tak ada jalan darat untuk sampai ke Kenya. Nak lalu South Sudan atau Chad tu namanya keje gila. Nak ke Eritrea kena lalu Somalia. Pilihan yang ada hanya pusing balik ke Cairo.
Gambar hanya sekadar hiasan. Tadi mengubat hati yang kecewa sambil mengadu nasib kat Malaysian Embassy Khartoum.
Kita orang cuba mintak tolong kedutaan Malaysia. Tapi tak berjaya jugak. Lepas cuba macam-macam cara dan ambik kira semua kos, kami ambil keputusan pusing balik ke Kaherah.
Perjalanan balik ke Kaherah amik masa 4 hari. Kami jugak cuba tak nak register.. Haha. Sebab rasa mahal sangat nak bayar registration tu sampai SDG385. Konon percubaan sampai ke titisan darah terakhir. Tapi gagal jugak masa nak stamp passport kat sempadan.. hahaha. Kawan aku cakap nak seludup  diri dia keluar dari Sudan tapi dia dulu yang hulur duit.
S: Ada pengalaman menarik di Khartoum?
J: Lokandas. Hahaha. Kita orang dah 8 bulan on the road. Memang tempat tidur bertukar-tukar. Tapi lokandas paling teruk sekali. Lokandas ni hostel untuk orang tempatan. Tapi orang Sudan ni jenis tidur kat mana-mana je. So memang tak proper la keadaannya. First time tengok terkejut. Dengan nyamuk nya, dengan katil yang lebih patut di panggil pangkin je.
travel-ke-sudan-24
From Wadi Halfa to Kerma to Khartoum in 3 days. Tidur kat lokandas, local hostel yang rupa more or less macam reban ayam je tapi takpe janji boleh baring tidur. Rasa mcm bahaya tapi tak bahaya langsung. But yes, cultural shocksekejapan di sini.
Sebab kami orang asing dia orang kasi bilik. Tapi bilik pun daif sangat. Pengalaman yang sangat berharga buat kita orang rasa betapa bertuahnya kita di Malaysia.
Tapi orang Sudan sangat baik hati. Malam pertama kami tidur kat Wadi Halfa, Bandar koboi kat sempadan. Tengah cari meja, ada orang ajak join. Kemudian dia tolong orderkan makanan. Bukan je tolong order, dia dah bayar awal-awal untuk kami dan dia hanya keje pemandu bas je. Masa kami makan, tiba-tiba ada seorang lelaki datang bagi kami minuman. Katanya dia belanja sebagai meraikan tetamu. Baik hati sungguh orang Sudan. Rasa sangat di alu-alukan.
Orang Sudan jugak sangat mesra. Mungkin sebab tak ramai orang asing yang datang. Jadi ke mana-mana kami pergi mesti mendapat perhatian orang tak kira lelaki atau perempuan.
travel-sudan-4
travel-ke-sudan-13
S: Bagaimana layanan orang di Khartoum (Sudan) pada rakyat Malaysia?
J: Rakyat Sudan sangat mesra dan tak langsung cuba mengambil kesempatan kat pelancong. Sangat suka membantu. Kalau nampak kami macam sesat tak tahu jalan mesti ada yang datang tolong tunjuk jalan.
travel-ke-sudan-15
travel-ke-sudan-3
travel-ke-sudan-4
travel-ke-sudan-6
What can I say? It wasn’t the best journey in fact, it was the worst and expensive journey ever..and definitely the most memorable one. At last, after 7 month on the road, we were defeated by Sudan. All 3 of us mutually agree, Africa is wayyyyy tougher than Asia. Sudan is only the 2nd country in our Trans-African adventures, but we already counting days to return home. 3 month, just give us 3 month, we will conquer you Africa
travel-ke-sudan-16
travel-ke-sudan-17
travel-ke-sudan-18


travel-ke-sudan-20
travel-ke-sudan-21
We make it all the way to Khartoum, only to be slap on the face by not getting visa to the next country and had to return to Cairo, 1600km away. Took us 4 days to complete the loop back to Cairo and a lot of courage and a whole bottle of mosquito repellent to spend another night in lokandas.
S: Bagaimana kehidupan rakyat di sana dari pemerhatian Bijan?
J: Walaupun mereka miskin tapi mereka sentiasa bersyukur dan sangat bangga dengan negara mereka. Mereka tidur di mana-mana saja. Di atas lantai, tepi jalan, kawasan lapang, halaman rumah. Mereka makan makanan yang simple saja. Mereka tidak merokok. Mereka juga solat di mana-mana je. Bekas air utk wuduk bole di dapati di sepanjang jalan.
travel-sudan-13
Botol air yg banyak terdapat di tepi-tepi jalan. Digunakan untuk wuduk. Depan tu hamparan tikar. Tempat untuk solat. Dia orang tak ada surau, solat tepi-tepi jalan je.
travel-sudan-2
travel-sudan-10
Peniaga kebanyakannya jujur. Tidak mengambil kesempatan kat pelancong. Di mana-mana je ada tempayan untuk air minuman.
travel-sudan-5
travel-sudan-3
travel-sudan-9
travel-sudan-8
S: Ada undang-undang atau peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelancong asing semasa di sana?
J: Kat Sudan, perkara pertama kena buat ialah register sebagai pelancong. Kena buat dalam masa 3 hari dan yuran yang kena bayar ialah SDG385 lebih kurang USD43.
Sebenarnya rakyat Malaysia tidak perlu visa untuk ke Sudan. Kita dapat free visa untuk travel selama 30 hari. Tapi kerajaan Sudan enforce visa free entitle untuk rakyat Malaysia yang datang direct dari Malaysia. Kalau masuk dari negara lain, kena apply visa seperti biasa. Pelik kan?
Harga visa pun tak tetap. Kalau mohon di Kaherah kena bayar USD100. Tapi kalau mohon di Aswan hanya USD50 untuk tempoh yang sama.
Lepas tu, kena ada photography permit kalau nak amik gambar, aku malas nak apply sebab leceh.
travel-sudan-6
A glimpse of Khartoum taken secretly using my hidden Sony action camera. I didn’t apply for a photography permit (well.. we even try to dodge the system by not registering as alien but we failed miserably in the end…hahaha) so my Canon tucked securely in my backpack all the time.
Sudan may be not as beautiful as the rest of the countries I’ve visited so far, but the people for sure are the most friendliest I have ever met. We will forever be grateful for their kindness and welcoming gestures.
p/s: Gilo paneh. 40 degrees. Rentung.
travel-sudan-12
travel-sudan-11
travel-ke-sudan-22
S: Apa pesanan Bijan kepada yang ingin buat road trip seperti Bijan di bumi Afrika?
J: Kena bersedia mental. Afrika sangat mencabar dan berbeza dengan travel di Asia. Orang Afrika ada yang mesra dan baik tapi ada juga yang ganas. Yang ganas ni memang ganas dan tak hormat orang asing. Sesetengah tempat di Afrika jugak agak berbahaya, kadar jenayah tinggi, dengan perang antara suku kaum lagi. Kalau bole jangan solo travel. Cari partner.
Dan kena buat persediaan kesihatan jugak. Ambik vaksin yang perlu dan sediakan ubat yang penting. Paling penting anti malaria prevention pill kena prepare untuk di gunakan sepanjang perjalanan.
S: Ada pengalaman tak best sepanjang di Sudan?
J: Takde. Semua best. Sudan memang terkenal sebagai tempat selamat untuk di jelajah. Crime towards tourist almost unheard off.
travel-ke-sudan-2
Masa untuk celebrate sebelum meninggalkan perkampungan yang maha besar ini. Goodbye Khartoum, Sudan.
S: Boleh berikan sedikit info tambahan tentang Bijan yang ingin dikongsikan dengan pembaca TheVocket.com?
J: Masuk bulan ni dah 8 bulan on road trip. Sekarang cuba overland di Afrika pulak. Harap-harap sampai ke Cape Town atau lebih tepat Cape Agulhas di penghujung benua Afrika. Lepas ni tak tau ke mana. Takde plan. Afrika ni pun tak plan. Redah je. Tiada end date. Selagi masih ada duit selagi tu perjalanan di teruskan.
travel-ke-sudan-25
The journey continues. Never give up. If we can’t go by land, we fly. Skip more than 3000km of overland journey. Save a hell lot of time and money.
And we beat the Chinese and the Japanese that had started earlier than us. They probably somewhere in Ethiopia. We will wait for you people down south.
travel-ke-tanzania
Terkini, sewaktu kisah ini ditulis Bijan sedang meredah Tanzania bersama Kim Eng dan geng terbaru mereka Sim Poh Chuan. Kami doakan kalian bertiga selamat di sepanjang pengembaraan ini dan kembali ke Malaysia untuk berkongsi kisah dan pengalaman yang telah dikutip di sepanjang jalan.
Anda boleh ikuti perkembangan terkini pengembaraan Bijan dan Kim Eng di ig Bijanz Perspective atau di fb Bijan di sini.
Siapa bilang gadis Malaysia tak berani?

No comments:

Post a Comment