“KEPENTINGAN MASA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA”.
Firman Allah SWT dalam surah al-Asr ( surah masa). Surah yang menjadi amalan kita ketika menutup sesuatu majlis atau perjumpaan, tetapi malangnya surah ini hanya tinggal bacaan dibibir sahaja, dan masih jauh dari segi penghayatan atau amalan dalam kehidupan seharian.
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orangorang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”.
Surah ini menjelaskan kepada kita bahawa kebanyakan manusia hidup dalam kerugian kerana tidak manfaatkan masa yang dilalui dalam kehidupan di dunia dengan sebaik-baiknya. Surah ini juga mengambarkan bahawa manusia yang tidak menfaatkan masa dengan sebaik-baiknya untuk mentaati Allah S.W.T dan Rasul-Nya adalah dari golongan orang yang rugi kerana membiarkan masa berlalu tanpa dimanfaatkan untuk saling nasihat menasihati dan membimbing manusia untuk menghayati islam sebagai sistem hidup yang sempurna.
Dan surah ini juga menjelaskan empat golongan manusia yang beruntung:
1. Orang yang memiliki iman yang dapat membimbing dirinya kearah kebaikan dan mencegah dari melakukan kemungkaran.
2. Orang yang melakukan perbuatan yang baik dan bermanfaat pada diri, keluarga dan manusia keseluruhannya.
3. Orang yang menyeru atau mengajak orang lain supaya hidup dalam lunas-lunas kebenaran yang berasaskan syariat Allah S.W.T..
4. Orang yang bersabar dalam menyampaikan syariat Allah dan bersabar dalam menghadapi kesulitan-kesulitan hidup serta ujian Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment