Permatang Pauh: Yakin BN ada harapan
24 April 2015
PERMATANG PAUH - BN mempunyai peluang cerah untuk memenangi PRK Permatang Pauh seterusnya melakar sejarah baharu dalam landskap politik di negeri ini dan tanah air.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,kesedaran baharu yang timbul dalam kalangan masyarakat di Permatang Pauh merupakan salah satu faktor yang boleh memberi kemenangan kepada BN.
Menurutnya, keyakinan itu bersandarkan kepada senario politik yang agak berbeza di Permatang Pauh dan peringkat nasional selain perasaan jemu masyarakat terhadap janji kosong PR selama ini.
Ahmad Zahid berkata, calon yang ditampilkan oleh BN juga salah faktor utama membawa kepada kemenangan kerana yang terbaik dalam usaha membawa perubahan di Permatang Pauh.
"Kita menampilkan calon yang mempunyai personaliti dan latar belakang baik serta menepati kehendak penduduk setempat.
"Rakyat Permatang Pauh akan beruntung jika calon kita diberi peluang untuk membawa perubahan di Permatang Pauh," katanya selepas melancarkan jentera Jalinan Rakyat (JR) Wanita BN Permatang Pauh di Politeknik Seberang Perai di sini semalam.
Turut hadir, calon BN PRK Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.
Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata, penyatuan semua parti komponen di Permatang Pauh selain hubungan baik serta semangat yang diperlihatkan memberi petanda awal kemenangan BN.
Menurutnya, jentera BN yang ditunjangi wanita menunjukkan gerak kerja paling tersusun setakat ini dengan penglibatan semua sayap termasuk dari parti komponen.
"Perpaduan ahli UMNO dan parti komponen di Permatang Pauh berada pada tahap terbaik dan kerjasama erat bukan sahaja di peringkat negeri tetapipusat yang jelas menjadi kelebihan BN," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN
No comments:
Post a Comment