Wednesday 15 April 2015

10

Selepas Pemuda Umno menyatakan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, ketuanya Khairy Jamaluddin secara terbuka mengumumkan beliau “pasukan 1Malaysia”, bukan “pasukan Wawasan 2020”.

1Malaysia dicetuskan oleh Najib manakala Wawasan 2020 pula buah fikiran Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri keempat.

Menegaskan tidak hipokrit, Khairy (kiri) berkata walaupun beliau mahu beberapa isu diperjelas, akhirnya beliau tetap seorang anggota kabinet Najib.

“Saya sebagai pemimpin kabinet saya bukan hipokrit dan saya minta isu-isu dijelaskan, soalan-soalan Tun Dr Mahathir dijawab…

“Tetapi akhirnya sebagai ahli kabinet, saya tak boleh jadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut…

“Saya sebagai ahli kabinet saya bersama perdana menteri, saya bersama dengan team 1 Malaysia, saya bersama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata menteri belia dan sukan itu sambil disambut tepukan.

Menjawab soalan dalam forum di Universiti Multimedia di Cyberjaya, Khairy berkata beliau tidak memilih “jawapan selamat” seperti bersama kedua-dua pasukan itu.

[Baca berita asal]

No comments:

Post a Comment