Monday 13 April 2015

::

Pesanan yang jarang didengar Dari Markas Sri Petaling Kuala Lumpur

K E R J A  S E B E N A R
M E M B E T U L K A N  Y A K I N

Allah swt pencipta kita. Apa yang kita  nampak dan tak nampak. Yang zahir manfaat atau tidak. Berbentuk benda atau haiwan.

KITA TIADA KUASA
JANGAN PERASAN
Makhluk adalah benda. Ia dicipta oleh Allah. Semua dalam genggaman Allah.
Berlaku hanya dikehendaki Allah. Apa yang berlaku, apa yang kita kehendaki berlaku, akan berlaku hanya dengan kehendak Allah.

BETULKAN YAKIN
JANGAN GAGALKAN HIDUP KITA
Kita nampak apa yang kita miliki dapat menyelesaikan masalah! Maka ini ujian bagi kita. Kalau kita yakin semua benda ini menyelesaikan masalah maka kita gagal.

Mufti Zainal Abidin kata kita usaha kalimah sampai mati masih murah. Keyakinan ini terletak di hati. Bila kebesaran Allah masuk ke hati maka anggota akan taat perintah Allah.

Guna mata ikut perintah Allah maka berjaya dunia dan akhirat.

MEMBETULKAN FIKIR
YANG TELAH MENYIMPANG
Nabi-nabi a.s usaha pertama membetulkan iman manusia dari fikir dunia kepada fikir akhirat. Mereka yang guna sepenuh masa untuk bina dunia, merekalah yang maka paling rugi. Lupa kehidupan akhirat.

Orang yang mewah di dunia, bila dicelup dalam neraka dan dikeluarkan kembali, maka dia kata tak pernah senang di dunia.

Orang yang susah di dunia bila dia masuk syurga dan dikeluarkan maka lupa kesengsaraannya di dunia.

APA NAMA KERJA
YANG TUAN-TUAN BUAT NI?
Maulana Ilyas rah. kata, usaha ini kalau ada nama, akan dinamakan usaha atas iman. Untuk dapat yakin dengan kalimah, yakin dengan zat Allah.

Inilah amanah yang disampaikan oleh Nabi saw pada haji wadak. Nabi saw kumpulkan kabilah-kabilah dengan buat ijtimak yang kecil dan sampaikan pesanan atas kalimah.

CONTOHI MEREKA YANG
BERGERAK KE SELURUH ALAM
Sahabat bergerak seluruh alam dengan pikul tanggungjawab. Allah beri kemuliaan dan kekayaan. Allah beri kemuliaan pada orang-orang beriman. Orang kafir jadi hamba pada orang Islam.

Sahabat buat korban usaha agama, Allah beri kekayaan.

BUAT KERJA DUNIA
KENA EJEK DEK ORANG MUNAFIK
Ada sahabat kata bila Nabi bentang takaza, mereka tak ada apa-apa. Mereka pergi pasar ambil upah dan beli kurma dan infak untuk Jalan Allah sehingga orang munafik perli mereka.

Umat tak buat usaha agama dan mereka rasa tidak ada dalam kamus buat usaha agama.

NAK BANTUAN ALLAH?
BUATLAH KERJA DAKWAH
Bantuan Allah pada orang dahulu, sama datang pada umat sekarang. Inilah perkara kita perlu usahakan. Untuk tukar yakin yang salah pada yakin yang betul.

Bila maksud hidup umat ini salah, maka umat ini akan berada di jalan yang salah.

Umat ini hanya dapat dibaiki dengan dakwah. Jemaah datang kita nusrah dan bantu untuk hidupkan dakwah di tempat kita.

Jord akan datang lagi bulan Ogos dan September ini. Maka perlu keluarkan sebanyaknya jemaah. Eldest gembira dan bentangkan route yang banyak untuk kita.. In syaa Allah..

MENYEDIAKAN JEMAAH DARI NUSANTARA KE HUJUNG-HUJUNG DUNIA.

MEMBETULKAN FIKIR UMAT TERBAIK UNTUK MENJUARAI ALAM INI DENGAN KERJA DAKWAH NABI SAW.

M e n u k a r
J A G U H  K A M P U N G
k e p a d a
J A G U H  A N T A R A B A N G S A

Andalah perubah fikir umat. Betulkan fikir anda.

::

No comments:

Post a Comment