Monday 13 April 2015



Isteri kelar muka suami kerana tinggal bau busuk di tandas 

Isteri kelar muka suami kerana tinggal bau busuk di tandasSeorang wanita Jepun didakwa menyerang suaminya dengan pisau dapur kerana meninggalkan bau yang kurang menyenangkan di tandas selepas menggunakannya. -Gambar fail 
TOKYO: Seorang wanita Jepun didakwa menyerang suaminya dengan pisau dapur kerana meninggalkan bau yang kurang menyenangkan di tandas selepas menggunakannya.

Emi Mamiya, 29, ditahan kerana cubaan membunuh setelah dilaporkan mengelar muka suaminya yang berusia 34 tahun dengan pisau, menurut polis.

Kemarahan Mamiya dilaporkan semakin meluap apabila suaminya cuba pula membantu anak lelaki mereka berusia 3 tahun untuk menggunakan tandas tanpa membasuh tangannya dahulu, lapor AFP.

“Tandas itu berbau terlalu busuk hinggakan anak saya tidak dapat menggunakannya,” kata Mamiya.
 
Belum ada komen dikemukakan lagi. Jadilah orang yang pertama mengemukakan komen!

Kemukakan komen baru

Copyright © 2014-2015 Astro Awani Network Sdn. Bhd.(535275-D). All Rights Reserved.

No comments:

Post a Comment