KOTA BHARU - Pengajaran buat seorang bakal bapa akibat kesalahan mencuri beg mengandungi wang tunai RM2,000 di lobi sebuah hotel, di sini, dia dihukum penjara tujuh bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.
Tertuduh, Mohamad Abdul Aziz Mohd Alili, 19, didakwa dengan niat mencuri wang itu bersama pelbagai kad transaksi automatik dan lesen memandu milik Khairul Naiem Khalip, 24, di kawasan lobi hotel di Batu 2, Jalan Pengkalan Chepa, di sini, antara jam 1 dan 6 pagi, 4 Februari lalu.
Dalam kejadian itu, pengadu sedang menonton televisyen dan tertidur di kerusi lobi hotel. Apabila tersedar, dia mendapati beg duitnya hilang. Pengadu ke kaunter meminta penjaga hotel melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum mendapati seorang pelanggan yang menginap di hotel sama mencuri begnya.
Hasil rakaman percakapan pengadu juga mendapati, dia sebelum itu berbual dengan lelaki terbabit.
Semalam, pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan di hadapan Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed.
Pada prosiding itu, tertuduh melalui peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kelantan memohon hukumannya diringankan dan memberitahu dia bertindak demikian kerana terdesak memikirkan isteri yang sarat mengandung, dan akan melahirkan anak tidak lama lagi.
“Tertuduh berkahwin dengan isteri pada usia 18 tahun. Mereka bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
"Tertuduh hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM35 sehari. Dia juga memohon mahkamah meringankan hukuman penjara kerana tidak mampu untuk membayar denda,” kata peguamnya.

No comments:
Post a Comment