Monday 16 March 2015

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, GST yang akan dikenakan kepada transaksi ATM jika wang dikeluarkan melalui MEPS ialah enam peratus daripada kadar caj yang dikenakan MEPS, dan bukan berdasarkan jumlah pengeluaran wang.

"Perkhidmatan yang mengenakan fi atau yuran memang tertakluk kepada GST, contohnya seperti perkhidmatan MEPS.

"Tetapi, kalau pengeluaran wang di ATM bank sendiri tiada apa-apa caj GST," katanya kepada Sinar Harian.

Kadar caj yang dikenakan MEPS kini adalah RM1 bagi setiap transaksi ATM antara bank-bank tempatan.

MEPS dalam laman webnya memaklumkan bermula 1 April 2015, pemegang kad bank tempatan akan dikenakan caj RM1.06, termasuk enam peratus GST bagi setiap transaksi.

Caj berbeza yang dikenakan kepada bank luar negara turut akan dikenakan GST.

Kalau tuan pakai kad maybank... Keluarkan duit kat atm maybank, takdenya dicaj 6%...
Kalau guna kad maybank cucuk kat cimb... Di situ terdapat caj MEPS RM1 bagi setiap pengeluaran... & di sini datangnya CAJ GST... 6% dari caj perkhidmatan pihak MEPS iaitu RM1+6%GST= RM1.06 bukannya 6%. Jika keluarkan duit RM1000. So kat statement akan keluar Rm1001.06.
Bukannya RM1000+6%=Rm1060.
Semoga penjelasan ini dapat tambah pengetahuan kita tentang GST.
Ada baik... Ada buruknya...
Ops.... Ada ayat tergantung...
.... 6% dari caj perkhidmatan pihak MEPS iaitu RM1+6%GST= RM1.06 bukannya 6% dari jumlah pengeluaran kita.....
[11/03 2:02 PM] ‪+60 19-447 8102‬: INFO GST:
Info ini bertujuan untuk rakan2 lebih bersedia dan membeli barangan keperluan penting sebelum pelaksanaan GST.

BERIKUT ADALAH SENARAI BARANGAN YANG DI JANGKA AKAN NAIK HARGA, TURUN DAN TIDAK BERUBAH SELEPAS PELAKSANAAN GST PADA 1 APRIL 2015 - Sumber dari Jabatan Kastam (petikan dari Star).

(A). BARANGAN YANG DIJANGKA NAIK HARGA:
1.Talipon bimbit
2.Komputer
3.Ipad dan tablet.
4.Mesin fotokopi.
5.Percetakan foto digital.
6.Pengangkutan barangan (kos hantar barang).
7.Air minuman (mineral)
8.Majallah2.
9.Bebola ikan (fish ball)
10.Sardin tin dan tuna.
11.Lipstik.
12.Pewarna kuku.
13.Motosikal 100cc
14.Jam tangan.
15.Aiskrim.
16.Cheese.
17.Gandum dan makanan cereal.
18.Sos cili,sos tiram dll.

(B).BARANGAN DI JANGKA TURUN HARGA:
1.TV
2.Peti sejuk.
3.Penghawa dingin.
4.Spark plug, pad brek dll (alat ganti motosikal).
5.Bateri kereta.
6.Sistem Home Theater.
6.Pengering rambut.
7.Kipas angin dan pembakar roti.
8.Dapur gas 2 penunu.
9.Seterika letrik.
10.Tuala mandi .
11.Pensil warna.
12.Berus gigi dan ubat gigi
13.Dettol dan ubatan anti septik.
14.Kerusi meja 6 orang (meja makan).
15.Pampers pakai buang.
16.Kereta 850cc
17.Minuman ringan.
18.Tikar plastik.
19.Buah2an yang di import (epal,oren,anggur dll).

(C).BARANGAN YANG MANA HARGA NYA TIDAK BERUBAH:
1.Roti dan makanan lain.
2.Minyak masak (minyak kelapa,sawit dll).
3.Daging (lembu,kambing,ayam,khinzir dll).
4.Buah2an tempatan.
5.Minyak Petrol RON95 & diesel.
6.Beras dan sayuran segar.
7.Ikan dan udang segar.
8.Susu tepung segera.
9.Telur ayam dan itik.
10.Tambang kenderaan bas dan teksi.
11.Minyak motor dan enjin.
12.Kadar X-ray di klinik swasta.
13.Kadar tol.

PERINGATAN :
1.Jika anda berkenan dan merancang mahu membeli mana2 barangan dalam kategori (A) maka sila berbuat demikian sekarang sebelum harga barangan2 ini naik pada 1 April nanti.

2.Jika anda mahu membeli mana2 barangan dalam kategori (B) yang di jangka akan turun maka jangan beli sekarang dan tunggu selepas 1 April untuk mendapatkan harga lebih rendah.

3.Akan ada peniaga tamak yang akan cuba ambil kesempatan dari mereka2 yang tidak tahu atau tidak faham dengan GST untuk menaikkan harga barangan yang mana tiada dalam senarai barangan yang di kenakan GST dan di harap info di atas dapat membantu semua..sense kangaroo

No comments:

Post a Comment