seorang isteri , ingin menguji suami nya. apakah tindakan suami nya andai dia meninggalkan suami tanpa apa2 sebab. begitu sahaja. Lalu si isteri menulis surat untuk si suami.
"abang , saya dapat merasakan abang curang, dan saya ingin keluar dari rumah ini . selamat tinggal, halalkan makan minum saya. ampuni segala dosa saya."
Selepas menulis surat dan meletak nya dibirai katil, si isteri cepat-cepat menyorok di belakang almari di bilik nya. Ingin mengintai reaksi suami nya membaca surat tersebut.
Tidak lama kemudian, suami nya pulang dan membaca surat tersebut. Namun setelah membaca surat tersebut, suaminya kelihatan begitu gembira, membalas balik surat nya dengan menulis sesuatu dibelakang kertas yang telah ditulis tadi. Bersiulan sambil mandi dan terus memakai baju serta wangi-wangian. Suami nya mendail dan bercakap dengan seseorang.
"hey sayang, akhirnya perempuan itu sedar bahawa aku curang terhadap nya. bagus dia dah keluar dari rumah ini kerana aku tak sepatutnya menikahi dia. jom, kita berjumpa ditempat biasa sekarang."
Lalu suami nya melangkah keluar dari bilik nya, dan terus keluar dengan kereta nya.
Semasa isteri nya mendengar percakapan nya, isterinya menangis dan tersangat sedih, dan apabila suami keluar, dia keluar dari belakang alamari untuk melihat apa yang ditulis suaminya. Lalu ia membaca, "aku nampak kaki kau, bongok. aku keluar sekejap, beli roti. "
10 perkataan English yg digunakan orang kita di malaysia..berlainan jauh sungguh maksudnya..
👉TACKLE
English : menangani, mengatasi
Org kita : Mengorat
👉CHOP
English : cincang
Org kita : Rubber stamp
👉BUDGET
English : belanjawan
Org kita: contoh ayat "mkn nasi bajet laaa"
👉ACTION
English : bertindak
Org kita: berlagak
👉BLUR
English : kabur , samar2
Org kita : bingung
👉SOUND
English : bunyi
Org kita: marah
👉SLUMBER
English : tidur lena
Org kita : bersahaja
👉CABLE
English : kabel
Org kita : "orang dalam"
👉TERROR
English : Keganasan
Org kita : Hebat
👉SPENDER
English : orang yg berbelanja
Org kita: seluar dalam
HIDUP MALAYSIA!
😂😂😁😁👍
No comments:
Post a Comment