Friday 6 March 2015

Beliau ingin berkahwin tetapi pinangannya selalu ditolak sebab fizikalnya yang hitam legam (ada riwayat mengatakan beliau lebih hitam dari Bilal bin Rabah). Suatu hari pinangannya itu diterima oleh seorang gadis cantik dari Madinah. Selepas itu beliau ke pasar untuk membeli barang keperluan di hari perkahwinannya. Tiba2 terdengar seruan Jihad, maka secara tiba2 beliau terlupa tujuan asalnya dan sebaliknya beliau membeli kuda, pedang dan baju perisai bagi menyahut seruan Jihad itu. Sampai di medan perang beliau pergi ke barisan hadapan sekali dengan menutup seluruh muka dan tubuhnya. Para Sahabat yang melihatnya kagum dengan kegagahan dan keberanian beliau. Dalam perang itu kuda yang dinaiki beliau jatuh terkena panah dan beliau bangun menyinsing lengan bajunya. Ketika itu sahabat mengecam warna kulitnya yang hitam legam. Itulah Sa'ad bin Muaz beliau syahid tanpa sempat bersama dengan isteri nya,Malaikat dilangit dan dibumi menyaksikan Sa'ad bin Muaz gugur syahid. Allahurabbi.

No comments:

Post a Comment