KOTA BHARU - Selepas mengaku mencuri di sebuah pasar raya di sini, seorang janda dua anak diarah menjalani Perintah Kehadiran Wajib (PKW) selama tiga bulan oleh di mahkamah majistret, di sini, semalam.
Wanita terbabit, Hasidah Mohd Hashim, 33, didakwa mencuri dua seluar dan satu tuala di tempat letak kereta tingkat bawah Pasar Raya Giant Jalan Parit Dalam, di sini, pada jam 7 malam, 13 Februari tahun lalu.
Dia ditahan seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas sebelum ditangkap semula oleh polis dan dihadapkan ke mahkamah.
Pada prosiding itu, dia yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kelantan merayu mahkamah untuk dikenakan perintah PKW itu daripada dihukum penjara dengan alasan dia sudah insaf.
“Pesalah ini hanya kerja bantu ibu berniaga kedai makan dengan pendapatan RM20 sehari. Selain menanggung anak yang masih kecil, dia juga baru sahaja kehilangan anak,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri bagaimanapun memohon hukuman setimpal yang dapat beri pengajaran kepada tertuduh dan orang lain.
Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin kemudian mengarahkan hukuman itu berkuat kuasa empat jam setiap hari selama tiga bulan dan jika gagal perintah penjara tiga bulan berkuat kuasa serta-merta dikira pada tarikh sabitan.

No comments:
Post a Comment