Wednesday 5 November 2014

Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yakin tiada campur tangan rakan PR berkenaan keputusan Pas yang dua Adunnya kerana menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor semalam. Katanya, beliau tidak menyokong sekiranya ada dalam kalangan dalam PR yang ingin campur tangan dengan keputusan yang telah dibuat Pas. “Saya hormati keputusan tersebut yang dibuat mereka, orang luar tidak perlu campur tangan. “Dan dalam hal ini, saya rasa tiada sesiapa yang campur tangan hingga keputusan dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen hari ini. Semalam, Pas memutuskan menggantung keahlian Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin selama setahun akibat tindakan mereka semasa krisis kerusi Menteri Besar Selangor.

No comments:

Post a Comment