Wednesday 5 November 2014

Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara SEMASA Penyokong Anwar cuba rempuh pagar besi halangan MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI November 4, 2014 Anggota polis melakukan sekatan untuk menghalang para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memasuki perkarangan Istana Kehakiman ketika perbicaraan mengenai kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki hari keenam hari ini. - Foto Bernama PUTRAJAYA - Jika semalam penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat kecoh hari ini penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pula yang 'bikin panas' di pekarangan Istana Kehakiman. Suasana panas dan provokasi tercetus apabila penyokong Anwar mula mengulangi sejarah rempuh pagar di Universiti Malaya (UM) apabila segelintir penyokong Anwar cuba untuk merempuh pagar bagi membolehkan mereka 'berteduh' di tempat berbumbung namun menurut polis mereka tiada kewajaran untuk berbuat demikian. Penyokong tersebut melaungkan 'reformasi, 'bebas-bebas Anwar, namun keadaan kembali tenang apabila segelintir penyokong yang lain marah dengan tindakan tersebut. 'Teguran' tersebut menyebabkan penyokong itu beransur ke tempat asal mereka. Setakat ini, Polis berjaya mengawal keadaan dan suasana masih aman walaupun kebanyakan penyokong mula bersikap ganas.

No comments:

Post a Comment