Wednesday, 12 November 2014

Apa Perkaitan Antara Fizo Omar, Tudung Fareeda Dan Isu Minyak Naik? Wanita Ini Ada Ulasan Tersendiri Fatin Atiqah Isu pengurangan subsidi minyak masih lagi berbekas di hati setiap rakyat jelata. Di ambang kegawatan ekonomi begini, tindakan kerajaan Malaysia melakukan rasionalisasi subsidi secara mendadak telah membangkitkan kemarahan awam. Majoriti rakyat tidak dapat menerima keputusan ini dan seboleh-bolehnya menyeru kerajaan memikirkan penyelesaian alternatif untuk permasalahan ini. Tempoh hari, kami telah kongsikan luahan hati Saiful Nang berkenaan isu kenaikan harga minyak ini. Kali ini, kami ingin kongsikan pula pendapat seorang lagi pengguna Facebook, Suraya Anuar yang telah memberikan pendapatnya sendiri di dalam hal serupa. Menariknya, dia mengajak orang ramai menjadi seperti Fizo Omar. Ya, Fizo Omar menantu tauke tudung Fareeda yang itulah! Kalau anda nak tahu apa yang dikatakan oleh Suraya Anuar, teruskanlah pembacaan artikel ini sampai habis. Baca dan fahamkan ya ————————————————- Ada sesetengah pihak sentap dengan kenyataan Fizo sebab isu pengurangan subsidi minyak. Fizo menggesa rakyat supaya bekerja lebih keras. Ada yang kata senang cakaplah, jadi menantu tauke Tudung Fareeda. Hmmmm setahu Sue, tauke Fareeda pun mula menjahit dan meniaga tudung di rumah sehingga berjaya seperti sekarang. Sama macam tauke Jakel generasi terdahulu yang mula menjual kain berbasikal dari rumah ke rumah di Segamat, sehingga kini generasi seterusnya mendapat keuntungan bersih tahunan sebanyak ratusan juta ringgit. Fizo juga mengumpul modal jualan Hot Burger dari hasil lakonan karya-karya yang Sue tak boleh terima tajuk-tajuknya dan memasang strategi downlines bagi mengayakan dirinya juga downlinesnya, suatu usaha yang murni dan bijak. Bagi Sue isu petrol, bengang dengan kerajaan yang aktif membazir atau salur kekayaan negara pada kroni itu wajar, sebab kerajaan dilantik rakyat. Kerajaan bekerja untuk rakyat. Tapi tak perlulah marah pada seorang yang memang rajin dan bekerja keras seperti Fizo bila keluar kenyataan macam tu. Sebab orang jenis sepertinya, jenis kalau ada masalah akan usaha sendiri cari jalan keluar dan bukan marah-marah dan kerajaan masih buat tak tau dan marah tu akhirnya sia-sia. Cuma yes Kerajaan Malaysia wajib fikir, bukan semua orang suka berbisnes, bukan semua orang jenis mengambil risiko, sewajarnya tangga gaji ditingkatkan dan gaji lantai dinaikkan. Instead of buat rumah mampu milik di kawasan Jin bertendang misalnya, pantau developers yang naikkan harga rumah sesuka hati setiap kali mula fasa baru. Adakah ini bermaksud rakyat Malaysia yang makan gaji tidak layak hidup selesa sedangkan mereka juga membayar cukai? Ini tidak adil. Dan para peniaga pula jangan ambil kesempatan dengan menangguk di air keruh, itu penyakit yang menjadikan inflasi bertambah teruk. Yakinlah rezeki itu dari Allah, berstrategi tapi jangan memudaratkan pembeli. Dan lagi satu contoh, post Sue ini pun kerajaan tak akan baca melainkan post menghasut rakyat untuk anti kerajaan, sebab tu Sue cakap sia-sia nak marah. Jadi lebih afdal Sue bekerja keras tanpa mengharap belas kerajaan mahu pun orang lain. I’m a Fizo type. I find solutions not rage rage rage which leads to nowhere. Dan ya saya sendiri kumpul modal dari hasil solekan guna makeup kit percuma dari Maybelline. Dan saya memang asyik pusing modal, pusing modal, pusing modal sebab saya tak nak buat loan lagi setakat ini. Arwah Bapa saya tak pernah dump modal kepada saya tetapi cuma bagi edukesyen, kereta untuk pergi kelas (yang saya gunakan untuk buat kerja luar juga untuk cari duit time belajar walaupun dia tak suka sangat tapi saya memang suka cari duit sediri) juga doa dan harapan. Ok itu lagu. Jangan marah. Smile. Dan buat apa yang patut. Kredit: Suraya Anuar ————————————————- Ikuti pelbagai kisah menarik di The Vocket. Like dan Share The Vocket di Facebook.

No comments:

Post a Comment