Wednesday, 12 November 2014
CUTI
Lelaki Jobless Ini Mampu Melancong Ke Serata Dunia Secara Percuma. Anda?
Norfanil — November 10, 2014
9 7
Foto Kredit: thebigsmallboy.com
Share
Lelaki Jobless = Rayyan Haries
Kembara ke serata dunia adalah impian setiap orang yang begitu minat melancong. Tetapi ramai yang mengeluh wang tidak mencukupi. Sebaliknya, lain pula yang terjadi pada lelaki ini.
Lelaki ini ‘jobless’. Tidak mempunyai pekerjaan tetap. Walaupun demikian, beliau masih mampu kembara ke serata dunia. Pasti anda terfikir dan tertanya-tanya, bagaimana lelaki ini mampu kembara ke serata dunia walaupun tidak bekerja?
Menjadi sukarelawan di Jepun yang terjejeas teruk kerana Tsunami
Siapakah lelaki ‘Jobless’ ini?
Sebelum ini, izinkan saya perkenalkan siapa lelaki ini. Lelaki ini adalah Rayyan Haries. Seorang traveller sepenuh masa dan juga penulis blog The Big Small Boy!
Sukarelawan di Jepun membersihkan kawasan yang rosak akibat Tsunami
Bagaimana segalanya bermula?
Beliau mula travel secara ‘backpackers’ sejak tahun 2012 atau tarikh yang lebih tepat pada 16 Februari 2012. Pada mulanya, beliau travel kerana minat dan kerana ingin explore serata dunia. Lama-kelamaan, ia semakin addictive dan rasa ingin melancong lagi. Hidup dalam culture yang berlainan membuatkan beliau lebih menghargai kehidupan ini.
Menggunakan wang simpanan sendiri
Asalnya,beliau melakukan kerja part time seperti menulis artikel di majalah, dan menjual sabun di Halal Fest. Benar, beliau mengembara dengan berbekalkan wang simpanan sendiri hasil kerja part time itu. Berbekalkan duit yang tidak sebanyak mana, beliau mampu mengembara di beberapa destinasi tumpuan lain. Mungkin rezeki murah, beliau juga mendapat perhatian dari pihak Air Asia dan di sponsor penuh untuk beberapa destinasi.
Destinasi dunia
Antara destinasi yang telah dijejak Rayyan adalah Brunei, Singapura, Indonesia, Thailand, Laos, Cambodia, Korea, Hong Kong dan Korea.
Namun, selepas dua tahun, keseronokan yang dirasai mula hilang dan kepuasan diri semakin berkurangan. Rayyan Harries mula mencari arah yang baru.
Rayyan Haries mesra di Bohol, Filipina di samping kanak-kanak tempatan
Kembara amal dengan menjadi sukarelawan
Rayyan Haries mula terasa keseronokan yang semakin hilang. Sejak dari itu beliau mulakan langkah pertama dengan menjadi sukarelawan atau volunteer di Langkawi selama 5 bulan.
Pada awalnya, beliau hanya merancang untuk melancong ke Langkawi selama 7 hari, tetapi secara tidak sengaja beliau menjadi salah seorang volunteer untuk program ‘Rescue’ Kucing dan Anjing Jalanan. Menurut beliau, di situ beliau dapat merasakan kepuasan diri dan terus berada disana selama 5 bulan. Niat beliau untuk travel suka-suka bertukar untuk membantu mereka yang memerlukan.
Terlampau banyak kesedihan di dalam dunia. Saya tidak boleh tukar kesemuanya, tapi saya berusaha untuk menolong walaupun sedikit. – Rayyan Haries
Selepas berada di Langkawi selama 5 bulan, berita mengenai kejadian Typhoon Haiyan di Filipina menggamit rasa dalam diri beliau untuk membantu mangsa disana. Tanpa berfikir panjang, beliau terus mencari dan memohon khidmat volunteer di Internet sebelum terbang ke Leyte tempat berlakunya Typhoon Haiyan sebelum ke Bohol untuk membantu mangsa gempa bumi pula.
Rayyan di Letye: Haiyan menghancurkan seluruh Lilioam Elementry School.
Beliau berada di Filipina selama 7 bulan untuk menjalankan kembara amal! Bayangkan, agak lama bukan?
Membina sebuah sekolah di Leyte
Rayyan bersama kanak-kanak di Samal
Sekembalinya dari Filipina, Rayyan Haries menuju ke Jepun untuk meneruskan kembara amal. Beliau bekerja sementara di Kem Musim Panas sebelum meneruskan misi volunteer di Japan Cat Network Fukushima dan Projek Save Minamisona di mana tempat berlakunya tsunami di Jepun.
Rayyan di Jepun
Selepas 3 bulan di Jepun, Rayyan kembali ke Malaysia untuk 8 hari dan terbang semula ke Klaten, Central Java, Indonesia untuk mengajar Bahasa Inggeris di sana dan juga menyertai Projek Homeless!
Rayyan Haries in Klaten, Indonesia : Bersama pelajar
Rayyan in Klaten Indonesia : Bersama anak-anak yatim
Kembara amal Rayyan Harries memberi inspirasi kepada traveller. Walaupun digelar ‘jobless’, beliau menunjukkan dengan kesungguhan dan niat yang murni, membuatkan beliau mampu kembara serata dunia.
Go out and see the world, it has so much to offer. Go where your heart feels belong. Even if you fall down, pick yourself up again and keep going. Remember, it’s the journey that matters not the destination. This fragile life we are living now, it’s a precious gift given to us by the universe. A gift that you should value. – Rayyan Haries
Temuramah kami dengan Rayyan Haries tidak sempurna jika tiada kata-kata hikmah dari beliau. Ditanya apakah nasihat beliau pada anak muda yang berhasrat untuk melancong ke seluruh dunia, jawabnya:
“Do good and the good will come back to you. Jangan takut apa orang nak cakap. Orang akan sentiasa bercakap dan mencari kelemahan diri kita. Ada sahaja yang tidak kena. Simple, do what you need to do and live your life”
Saya bagi pihak SirapLimau.com amat berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh Rayyan Haries. Semoga kita punyai lebih ramai orang yang berani menghadapi cabaran seperti beliau. Amat kagum dengan apa yang telah dilakukannya!
Kami ucapkan selamat maju jaya pada Rayyan Haries dalam menjalani kehidupan di luar sana!
Tentang Rayyan Haries
Blog: thesmallbigboy.com
Facebook: facebook.com/profile.php?id=1489749413
Facebook Page: facebook.com/thebigsmallboy
Share
Tags:lelaki jobless,lelaki jobless melancong,rayyan haries,rayyan harries
PREVIOUS POST
10 Tips Ajar Anak Membaca. Cara Yang Sungguh Mudah!
NEXT POST
Sedih Lihat Anak Gelandangan Di Kuala Lumpur Ini Tidur Di Kaki Lima!
Norfanil
Baru sahaja menamatkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.
7 Comments
Amir Zahari
November 10, 2014 at 11:57 pm — Reply
Bahagia je muka dia..
EjamOthman
November 11, 2014 at 12:00 pm — Reply
kalau masih bujang memang terasa nak libatkan diri dengan kerja sukarelawan begini.
semoga rayyan akan dapat ke banyak tempat lagi untuk buat kerja amal dan terus gembira dengan apa yang dilakukan.
Ammar
November 11, 2014 at 3:10 pm — Reply
Tengok muka dia ni dah tahu dia ni seorang yang ceria dan happy go lucky. Kan kan? Dia ni orang mana? Rayyan Haries. Islam ke?
sohoque
November 11, 2014 at 5:16 pm — Reply
Respek sungguh dgn rayyan harries. Setiap manusia ada jalan hidupnya yg tersendiri. Setiap dr kita ada perjuangan yg perlu diharungi
Faizal Fredley
November 11, 2014 at 10:02 pm — Reply
semangat dia memang kental lah..
jojo
November 11, 2014 at 11:01 pm — Reply
dia dulu 1 skola dgn sy kt perak
good job rayyan haries
xsilap dia org selangor
ekau
November 12, 2014 at 2:39 pm — Reply
Had a chance to met him at bangkok early 2013..travel solo, dengan beg yg berat n nak tampung diri sendiri lagi, sangat respect dgn ‘jiwa kental’ dia..:D
Leave a reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Artikel Terkini
Ini Rupa Suites Class Singapore Airlines Berharga RM60,000. Anda Mampu?
November 12, 2014
Tinggalkan Malaysia Untuk Kembara Eropah Timur 123 Hari. Lelaki Ini Sangat Awesome!
November 11, 2014
Sedih Lihat Anak Gelandangan Di Kuala Lumpur Ini Tidur Di Kaki Lima!
November 11, 2014
Lelaki Jobless Ini Mampu Melancong Ke Serata Dunia Secara Percuma. Anda?
November 10, 2014
10 Tips Ajar Anak Membaca. Cara Yang Sungguh Mudah!
November 7, 2014
Baby First Aid Kit Bayi. Apa Barang Yang Wajib Ada?
November 6, 2014
4 Eco Resort Yang Menarik. Best Eco Resort in Malaysia!
November 5, 2014
10 Peranan Suami Ketika Isteri Hamil. Mengandung Itu Indah!
November 4, 2014
Panduan Solat Istikharah Ringkas Dengan Bacaan Doa!
November 3, 2014
7 Sifat Guru Tadika Terbaik Yang Ibu-Bapa Mahu!
November 3, 2014
7 Tempat Menarik Untuk Dilawati Kanak-kanak. Unik & Lain Dari Yang Lain!
November 3, 2014
7 Tips Mendidik Anak, Sampai Boleh Jadi Best Friend!
October 31, 2014
Untuk Suami, Ini 50 Tips Keluarga Bahagia Dalam Islam – Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
October 31, 2014
Sedihnya, Peniaga Online Di Facebook Ini Bakal Kena Denda RM5,000!
October 30, 2014
7 Punca Hubungan Suami Isteri Hambar & Renggang, Retak Menanti Belah!
October 29, 2014
POPULAR
RECENT
COMMENTS
Adab Suami Ketika Isteri Mengandung
May 5, 2014
9 Petua Mudah Bersalin Normal, Sesuai Jika Anak Pertama!
July 16, 2014
Ketahui 10 Sebab Kenapa Bayi Menangis
July 21, 2014
8 Cara Mengatasi Anak Mengamuk
July 11, 2014
3 Ciri Anak Hiperaktif. Jika Ada Tanda, Jalani Terapi.
July 24, 2014
33 Jenis Jajan Tahun 90an. Pasti Mengimbau Kenangan Lalu!
July 12, 2014
10 Aktiviti Bermain Dengan Bayi, Sepanjang Hari!
July 16, 2014
Kalau Anak Main Pasir Ajaib Ini, Mesti Lupa iPad! – Kinetic Sand Malaysia
10 Cara Merangsang Otak Bayi
September 18, 2014
Pesanan Ustaz Kepada Seorang Suami Yang Curang
April 5, 2014
7 Tips Persediaan Sebelum Kahwin. Persiapan Perlu Rapi!
July 15, 2014
5 Kebaikan Bermain Untuk Kanak-kanak
July 17, 2014
4 Sebab Kenapa Ayah Penting Pada Anak-anak. Role Model?
September 29, 2014
5 Tips & Cara Menggoda Suami Yang Terbukti Berkesan!
April 26, 2014
Senarai Barang Baby Ke Hospital. Checklist Ibu Bersalin Untuk Newborn Juga Penting!
April 7, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment