Wednesday, 5 November 2014

Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara SEMASA Syed Ali: Terima keputusan mahkamah dengan terbuka MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI November 4, 2014 Syed Ali Alhabshee PUTRAJAYA - Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berharap, semua pihak bersikap terbuka berhubung keputusan mahkamah yang melibatkan perbicaraan rayuan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Syed Ali berkata, sama ada mahkamah berpihak kepada Anwar ataupun Mohd Saiful , itu bergantung kepada kebijaksanaan hakim-hakim yang mengendali kes tersebut. "Namun kita tidak boleh lari dari persoalan pokok kepada perbicaraan ini, iaitu kejadian liwat itu sememangya berlaku. "... cuma yang didebatkan kini adalah sama ada ianya berlaku secara sukarela ataupun terpaksa. Apapun kita perlu hormati dan letak keyakinan serta kepercayaan yang tinggi terhadap institusi kehakiman negara. Oleh yang demikian kita serahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataannya hari ini. Jelas Syed Ali lagi, beliau berharap tiada pihak yang cuba mengheret rakyat ke jalanan sekali gus menimbulkan hura-hara pada negara. " Kita semua ketahui bahawa selama ini pembangkang sentiasa berusaha merosakkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman negara, institusi kehakiman digambarkan sebagai badan yang tidak bebas dan menjadi apparatus atau alat pemerintah. "Sekiranya kita lihat dalam banyak kes berlaku sejak akhir-akhir ini, banyak saja kes berpihak kepada pemimpin pembangkang. Jadi, saya tidak nampak dimana ketidakadilan insititusi kehakiman kita. Apakah mahkamah kita hanya menjadi adil apabila keputusan berpihak kepada Anwar? "Cukup-cukuplahlah, rakyat kini telah melalui fasa-fasa keletihan politik yang melampau," katanya. Keputusan mahkamah yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Azlan Azlan Bukhari dijangka diketahui khamis ini. Kongsi berita ini: Share on facebook Share on twitter Artikel Berkaitan

No comments:

Post a Comment