Wednesday, 5 November 2014

Mustapa positif Umno boleh ambil alih Kelantan Wartawan Sinar Harian November 2, 2014 Datuk Seri Mustapa Mohamed BACHOK – Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed positif jika gerak kerja yang sama seperti PRK Pengkalan Kubor dilaksana di seluruh Kelantan, tidak mustahil Umno dapat menambahkan bilangan kerusi di negeri ini. Beliau berkata, amanah yang dipikul pemimpim Umno adalah setiap masa dan bukan bermusim seperti yang dilakukan sesetengah pihak. "Kemenangan yang diperoleh ketika PRK Pengkalan Kubor yang dikendalikan Umno Bachok menunjukkan perkembangan semasa yang baik apabila dapat mengekalkan kemenangan majoriti di peti undi Jubakar. "Jika formula yang sama dipraktikkan untuk seluruh Kelantan saya rasa kita boleh tawan Kelantan nanti. "Masih ada masa tiga tahun untuk semua jentera berkerja keras bagi menghadapi PRU akan datang, " katanya ketika ditemui pemberita pada majlis ramah mesra bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan bagi parlimen Bachok khususnya Dun Jelawat petang tadi. Katanya, pemimpin juga perlu mendekati pelajar seperti di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk lihat sendiri cara kerja di akar umbi. "Saya sendiri bawa mereka ke Darul Falah di Jeli. Kita bawa mereka solat jemaah bersama, ziarah jenazah, makan menu orang kampung dan sebagainya sebagai pendedahan awal untuk memastikan mereka ini mempunyai pengalaman dekati rakyat, " katanya.

No comments:

Post a Comment