Wednesday 5 November 2014

Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara SEMASA Penyokong Saiful nafi dibayar MUHAMMAD SHAMSUL DAN SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR November 4, 2014 Mohammad Rashid berkata, mereka tidak pernah terlibat dalam sebarang kontrak dengan mana-mana pihak sebaliknya hadir dengan kerelaan sendiri.- Foto Sinar Harian oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI PUTRAJAYA - Penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan menafikan mereka dibayar untuk hadir memberikan sokongan kepada beliau sepanjang prosiding rayuan kes liwat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekretariat kumpulan penyokong berkenaan, Mohammad Rashid Mokhtar berkata, mereka tidak pernah terlibat dalam sebarang kontrak dengan mana-mana pihak sebaliknya hadir dengan kerelaan sendiri. "Saya nak jelaskan maksud dibayar iaitu ia mesti ada kena mengena dengan kontrak. Perjanjian antara satu pihak dengan satu pihak yang berasaskan wang ringgit. "Sedangkan kami datang langsung bukan kerana wang ringgit. Kami tidak menerima wang tapi hanya sesetengahnya diberi makanan dan baju T sebagai tanda terima kasih," katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Persekutuan, hari ini. Dalam pada itu, hampir 100 penyokong Saiful tiba di sana kira-kira jam 1 tengahari dan melaungkan slogan seperti 'Hukum Anwar' dan 'Tangkap Anwar'. Sementara itu, Mohammad Rashid turut menegaskan sokongan mereka terhadap Saiful juga bersandarkan kepada mubahalah atau sumpah laknat yang dibuat beliau pada 2008 dan 2013. "Sumpah laknat ini telah diajar kepada Rasulullah SAW ketika berdebat dengan mubaligh Kristian. Peristiwa ini telah diceritakan dalam Surah Ali Imran ayat 59-63. "Maka, Saiful sendiri telah mengikut cara dan sunnah Rasulullah SAW untuk bersumpah laknat bagi membuktikan beliau diliwat Anwar. Jadi kami tidak ragu-ragu memberi sokongan kepada Mohd Saiful kerana beliau telah bersumpah laknat," katanya. Kongsi berita ini: Share on facebook Share on twitter Artikel Berkaitan

No comments:

Post a Comment