Thursday, 16 October 2014

Taiwan rancang bina pelabuhan tentera di Spratly GAMBAR yang diambil dari udara merakamkan pemandangan Pulau Itu Aba yang mahu dijadikan sebagai pelabuhan tentera laut oleh Taiwan. - AGENSI Advertisement TAIPEI 16 Okt. - Taiwan berhasrat untuk menempatkan kapal tentera lautnya secara kekal di kawasan maritim yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan, satu tindakan yang bakal mengundang kemarahan banyak pihak, selepas China mendakwa kawasan tersebut adalah miliknya. Perebutan ke atas Pulau Spratly yang kaya dengan sumber mineral sering menjadi tumpuan selepas Malaysia, Filipina, Brunei dan Vietnam turut mendakwa pulau berkenaan milik mereka, selain situasi semasa dipantau oleh Amerika Syarikat, gara-gara China membina pelantar minyak di sana. Ketika ini Taiwan sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan pelabuhan di Itu Aba atau turut dikenali sebagai Tai Ping, salah sebuah pulau yang terdapat di Spratly. Kerajaan Taiwan sebelum ini berkata, pelabuhan tersebut dijangka siap sepenuhnya pada 2015 dan boleh menampung kapal tentera luat seberat 3,000 tan, selain bot pengawal pantai. Pegawai Pengawal Pantai dan Kementerian Pertahanan Taiwan dalam satu kenyataan bersama berkata, pelabuhan tersebut mungkin dijadikan 'rumah' kekal untuk kapal tentera laut. "Kami sedang berbincang berhubung perkara tersebut kerana ini merupakan satu isu yang sangat sensitif. "Tindakan ini diambil untuk mempertahankan kepentingan kami di sekitar Itu Aba," jelas kenyataan berkenaan. Sementara itu, Menteri Luar China, Wang Yi dalam satu kenyataan berkata, Taiwan dan tanah besar China adalah sebahagian daripada wilayah China dan segala aktiviti relevan yang dijalankan oleh rakyat China di Pulau Spratly tidak akan dihalang. - REUTERS Kongsi Konten di : TAJUK-TAJUK BERITA LAIN: • 14 orang maut dalam serangan udara Syria • MILF, MNLF setuju berunding • Taiwan rancang bina pelabuhan tentera di Spratly • Susilo pengerusi mesyuarat Kabinet kali terakhir • Pemimpin Hong Kong sedia berunding • Ratusan anggota IS terbunuh di Kobani • AS nafi askar terkena serangan kimia • Putin tuduh Obama musuhi Rusia • Al-Qaeda kuasai pekan di selatan Yemen • Lelaki berjaya buang tumor seberat 21 kg • Michael Jackson selebriti mendiang terkaya dunia • Angka korban tragedi Himalaya meningkat 29 orang • 12 terkorban dalam pertempuran di Libya • Mahkamah arah tangkap bekas menteri • Atasi banjir, kesesakan di Jakarta • Kemusnahan sekolah PBB di Gaza disiasat • Konflik di Hong Kong semakin memuncak • AS, sekutu bincang strategi tangani IS • Malaysia diseru serius selesai isu sempadan laut • Lebih 82 juta penduduk China miskin Waktu Solat Kuala Lumpur Subuh 5:42 Zohor 1:01 Asar 4:18 Maghrib 7:01 Isyak 8:11 Klik untuk waktu solat kawasan lain Dengar SuriaFM Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu Riuh Rio Brazil 2014 Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014 Tragedi Pesawat MH370 Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370 KE7B Greenland 2014 Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014 IKLAN@UTUSAN IKLAN@UTUSAN ePlayer Sukan MENARIK Ruang iklan percuma hartanah, produk Promosikan perniagaan anda kepada dunia. Jom langgan akhbar Utusan Malaysia Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah. Aduan sukar dapat naskhah akhbar Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda. Gambar kahwin Album Raja Sehari Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar. Mari baca Utusan Melayu Mingguan Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi. SMS News Alert Utusan Malaysia Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141017/lu_03/Taiwan-rancang-bina-pelabuhan-tentera-di-Spratly#ixzz3GLBhOKXj © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment