Wednesday 29 October 2014

Seorang graduan dari Universiti Plymouth, United Kingdom telah diserang dengan seekor pepijat dan beratus-ratus telur keluar daripada kakinya selepas beberapa minggu dia pulang dari Tanzania. Mangsa yang dikenali Matthew O’ Donnell sedang berehat di atas katilnya apabila tiba-tiba dia berasa kakinya mencucuk-cucuk sebelum pepijat itu yang menetaskan hampir 100 telur kecil berderai keluar melalui bahagian tapak kaki. “Saya terkejut melihat telur dan pepijat itu. Tapi kemudian baru saya teringat bahawa salah seorang kawan saya juga mempunyai bengkak yang sama di bahagian kuku jari kakinya. “Nampaknya serangga itu menggunakan kaki saya sebagai tiket percuma untuk keluar dari Tanzania,” katanya. Ketika di sana, dia telah diingatkan dengan pepijat tetapi tidak menyangka kakinya menjadi sarang kepada serangga berkenaan. Berikutan daripada itu, kaki O’Donnell berlubang namun doktor memaklumkan bahawa kakinya selamat dan tiada lagi pepijat atau telurnya yang bersarang di situ. “Saya tidak sangka telur pepijat yang keluar dari kaki saya. Saya menggunakan tisu tandas dan membalutnya sebelum mengepamnya dalam lubang tandas,” katanya. 0 inShare RELATED POSTS : Budak 7 Tahun Makan Apa Sahaja Yang Ditemuinya Tidak semua orang mampu menelan semua jenis makanan. Mungkin ada sesetengah daripada kita boleh makan seperti makanan laut, tetapi ada juga… Read More... Kucing terpaksa bersenam kerana obesiti NASHVILLE - Seekor kucing yang mempunyai masalah obesiti terpaksa menjalani latihan senaman menggunakan mesin TREADMILL un tuk membantun… Read More... Mata Wanita Ini Hanya Akan Terbuka Jika Menyanyi Seorang wanita dipercayai mengalami satu penyakit yang dianggap luar biasa dan pelik. Jika dilihat daripada luaran, tiada apa yang membezak… Read More... Kanak-Kanak Ini Menangis Keluar Air Mata Darah Apa yang ingin dikongsikan bersama anda pada kali ini adalah tentang nasib seorang kanak-kanak kecil yang menangis sambil keluar air mata d… Read More... Kisah Pemandu Kepada Bilionaire Tolak 2 Juta Pemberian Tuannya Pemandu kepada Li Ka Shing – LKS (Jutawan No 1 di Asia) telah berkhidmat lebih 30 tahun dengan LKS dan telah capai umur bersara. LKS sebaga… Read More...

No comments:

Post a Comment