Thursday, 9 October 2014
Home » Dalam Negara » “Macamlah Saya Jual Dadah,” Kata Ramli MS
PrivaTE Dalam Negara
“Macamlah Saya Jual Dadah,” Kata Ramli MS
Konduktor muzik terkenal Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS berkata ada sebab beliau merahsiakan pernikahannya dengan penyanyi Alyah yang dilakukan di Batam, Indonesia kira-kira setahun lalu.
Bagaimanapun Ramli tidak berhasrat untuk berkongsi sebab kenapa beliau berbuat demikian.
“Dah setahun kami kahwin, tentu ada sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini adalah hak mutlak asasi saya,” katanya kepada mStar Online dalam nada bergurau ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Ramli diminta mengulas mengenai kontroversi perkahwinannya dengan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, selepas rahsia itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, Khamis.
Dalam serbuan itu kedua-dua pasangan tersebut memberi kerjasama yang baik kepada anggota penguatkuasa selain berjaya meyakinkan pernikahan mereka yang dilakukan di Batam, Indonesia itu.
Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam satu kenyataannya kepada sebuah portal berkata pasangan berkenaan akan menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihaknya pada Selasa ini untuk penelitian.
Pada awal pagi Khamis, sekumpulan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu sebuah banglo mewah Ramli di Bandar Kinrara, Puchong Selangor bagi menyiasat status hubungannya dengan Alyah.
Dalam serbuan kira-kira pukul 7.30 pagi itu, pasangan berkenaan dipercayai berjaya meyakinkan pegawai penguatkuasa mengenai status rumah tangga mereka dan diminta hadir ke pejabat Jais untuk memberi keterangan selain dinasihatkan mendaftarkan perkahwinan mereka.
Pasangan itu dipercayai bernikah di Batam, Indonesia kira-kira setahun lalu.
Sementara itu, Ramli menyifatkan kontroversi perkahwinannya itu terlalu diperbesarkan seolah-olah beliau melakukan kesalahan serius seperti menjual dadah.
“Kamu semua ingat… macamlah saya jual pil kuda atau ekstasi… hahaha.”
“Sedangkan kami (Ramli dan pihak Jais) siap bergurau senda lagi di dalam rumah. Macam pihak polis buat sekatan jalan. Mereka tahan, bertanya dan kemudian kita jalan.
“Tetapi orang luar buat cerita macam saya jual dadah… haha,” ujarnya pula menerusi SMS tersebut.
Sebelum ini Ramli mengunci mulut apabila ditanya gosip perkahwinannya dengan Alyah.
Penyanyi itu pula tidak banyak bercerita mengenai hubungan mereka tetapi meminta pihak media bertanyakan sendiri kepada Ramli jika ingin penjelasan dengan alasan biar ia disahkan sendiri oleh pihak lelaki. – mStar Online
0
inShare
RELATED POSTS :
Dia hendal, saya brek
Seorang cacat penglihatan manakala seorang lagi dilahirkan sebagai kerdil, tetapi kedua-duanya saling melengkapi apabila mengayuh basika… Read More...
( 4 Gambar) Awek Selfie Tengah Jalan Anak Komposer Terkenal Rupanya..
Baru-baru ini gambar seorang awek cun selfie di tengah jalan yang sedang sesak menjadi viral di laman social. Gambar tersebut mula b… Read More...
GAMBAR: Lelaki Lamar Kekasih Atas 99,999 Cili Merah
DALAM banyak-banyak lamaran, kami rasa ini antara lamaran yang paling unik. Lelaki dari Wilayah Hebei, China ini memilih untuk melama… Read More...
Badan kanak kanak perempuan melecur tumpah tomyam
Menyedihkan apabila dua kanak-kanak perempuan melecur di badan, muka, kepala dan kaki selepas mangkuk besar berisi tomyam panas terjatuh … Read More...
( 5 Gambar )Pencuri Disumbat Mulut Dengan Bangkai Itik
Kadang-kadang hukuman paling berkesan bagi penjenayah bukanlah penjara tapi sesuatu yang menjatuhkan air muka pelakunya. Sebagai contoh … Read More...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment