Wednesday, 29 October 2014
PrivaTE Dalam Negara, Luar Negara
(7Gambar)Lahir dengan Kepala Ke Belakang, Bukan Alasan Dunia Tunggang Terbalik
Dia dilahirkan dengan kepala ke belakang, namun kecacatan berkenaan tidak menjadikan dunia Claudio Vieira de Oliveira, 37, tunggang terbalik.
Sebaliknya, dia belajar berdikari dan menafikan kecacatan berkenaan untuk berjaya. Claudio kini menjadi akauntan dan penceramah motivasi.
Tiada siapa yang menyangka bahawa dia dapat hidup hingga sekarang sedangkan ketika dilahirkan doktor sendiri ragu-ragu sama ada Claudio mampu bertahan.
Malah ada jiran tetangga keluarganya yang menyuruh ibunya, Maria Jose supaya membiarkan Claudio yang masih bayi ketika itu supaya kebuluran, kerana menyangka Claudio tidak akan hidup lama.
“Sejak kecil saya sentiasa membiarkan diri saya sibuk dengan pelbagai perkara dan saya tidak suka bergantung sepenuhnya kepada orang lain.
“Saya belajar untuk mengambil telefon bimbit saya, membuka radio dan televisyen, menggunakan internet dan komputer, semuanya sendiri,’’ katanya.
Claudio yang menaip dengan menggunakan mulut, turut memakai kasut khas bagi membolehkan dia berjalan dengan menggunakan lutut.
Pada usia lapan tahun, Claudio, yang selama ini didukung oleh keluarganya merayu untuk berjalan dengan menggunakan lutut dan dia juga mahu bersekolah seperti individu normal lain.
Bagi memudahkan Claudio, keluarganya terpaksa menukar lantai rumah bagi membolehkan dia berjalan dan pada masa sama, semua plak dan lampu dipasang rendah, agar senang Claudio mencapainya.
0
inShare
RELATED POSTS :
Gambar Kembar kembar Selebriti barat
The rock Taylor lautner Andrew garfiled chris evans brad pitt Daniel Radcliff Rupert grint Emma watson John Trav… Read More...
#Kisahpelik (3 Gambar) Wanita makan ayam hidup hidup
Meloyakan namun dilihat sebagai enak bagi Miskaulah yang berasal dari Indonesia dengan hobi peliknya iaitu makan ayam hidup hidup dan mi… Read More...
8 ( Gambar) Ikan berkaki apabila digoreng dan di makan
… Read More...
Bayi maut ditinggal dalam kereta
SEORANG ibu menyesal seumur hidup selepas meninggalkan bayinya berusia 11 bulan di dalam kereta bersuhu 38 darjah Celsius di Utah, sela… Read More...
Menakjubkan! Nenek Lincah Buat Aksi Timbang Bola
Tidak semua orang mempunyai bakat membuat aksi timang bola. Ada yang bakatnya dilahirkan secara semula jadi. Ada juga yang berbakat denga… Read More...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment