Wednesday 15 October 2014

BISNES Perodua buka pusat alat ganti baharu Wartawan Sinar Harian May 9, 2014 Pusat alat ganti baharu Perodua di Rawang mempunyai keluasan 13,800 meter persegi PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan pusat alat ganti baharunya di Rawang, Selangor yang dibina dengan kos RM28.2 juta. Objektif utama pembinaan pusat itu ialah untuk memperbaiki gudang alat ganti Perodua dan operasi logistik sebagai persediaan menghadapi permintaan alat ganti yang semakin tinggi daripada pelanggannya. Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, pertumbuhan dalam jualan kenderaan Perodua menyebabkan peningkatan selari dalam operasi alat ganti. "Pembinaan pusat alat ganti baharu ini diumumkan pada 2012 sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk memperbaiki perniagaan selepas jualan dari segi penyimpanan dan kecekapan," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Beliau berkata, selain memenuhi permintaan pasaran tempatan, Perodua juga mengeksport alat ganti ke sembilan negara iaitu Nepal, Fiji, Singapura, United Kingdom, Mauritius, Malta, Sri Lanka, Brunei dan Indonesia. Jualan alat ganti kenderaan Perodua meningkat daripada RM163 juta kepada RM243 juta, iaitu peningkatan sebanyak 50 peratus dari 2009 sehingga 2013. Kongsi berita ini: Share on facebook Share on twitter Artikel Berkaitan

No comments:

Post a Comment