Thursday, 16 October 2014

VERSI : Mobile | Akhbar Digital 17 Oktober 2014 / 22 Zulhijjah 1435 Nasional Artikel Wilayah Luar Negara Hiburan Sukan Bisnes Pendidikan Sains Rekreasi Gaya Hidup Xtive Live! Utusan Melayu Arkib Berita Jom Iklan English Menarik hari ini Waktu Solat Laporan Cuaca Berita Utama Dalam Negeri Wilayah Laporan Khas Parlimen Politik Luar Negara Sukan Bisnes Mahkamah Jenayah Agama Keluarga Hiburan Rancangan TV Feminin Pendidikan Sains & Teknologi Agro Kesihatan S3 Polis & Tentera Sastera Rencana Cuit Selak Awang Selamat Kolumnis Forum Catatan Kembara Classifieds Portal Pendidikan Kosmo! Online Mangga Online Saji Online MyBooks Kareer Utusan Karya Laman Xtive LUAR NEGARA ARKIB : 16/10/2014 Penularan Ebola lebih pantas Sukarelawan memakai sarung tangan dan topeng muka ketika mengebumikan mangsa wabak Ebola di Waterloo, kira-kira 30 kilometer tenggara Freetown, Sierra Leone pada 7 Oktober lalu. Dunia masih gagal untuk menghalang penularan wabak membawa maut Ebola, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - AFP Advertisement NEW YORK 15 Okt. - Dunia masih gagal untuk menghalang penularan wabak membawa maut Ebola, kata seorang pegawai tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi amaran semalam bahawa beribu-ribu jangkitan baharu mungkin berlaku sebelum akhir tahun ini. "Penularan Ebola masih mendahului, malah wabak itu lebih pantas berbanding kita dan sedang memenangi perlumbaan,'' kata Ketua Misi PBB untuk Pasukan Kecemasan Ebola (UNMEER), Anthony Banbury. Banbury berkata demikian kepada Majlis Keselamatan PBB di New York menerusi satu persidangan video dari ibu pejabat UNMEER di Accra di Ghana. "Sekiranya Ebola menang, kita akan kehilangan begitu banyak nyawa,'' katanya dengan jumlah kematian terbaharu akibat wabak itu mencecah 4,447 orang daripada 8,914 kes yang direkodkan. Pegawai PBB itu membuat kenyataan tersebut ketika Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata, jumlah jangkitan Ebola boleh mencecah 10,000 orang seminggu ketika pemimpin dunia membuat persiapan membincangkan krisis itu di PBB. Kata Banbury, masyarakat dunia perlu menghentikan wabak itu sekarang atau akan berdepan dengan situasi sama yang pernah berlaku sebelum ini yang mana tiada rancangan dibuat untuk menanganinya. Jelasnya, dengan kadar jangkitan yang semakin meningkat setiap hari, UNMEER memerlukan kira-kira 7,000 katil untuk tujuan rawatan. "Banyak berita buruk tentang Ebola, namun berita baiknya adalah kita tahu untuk menghentikan penularannya. "Bagaimanapun untuk menghalang penularan wabak itu, kita mesti mengalahkan Ebola dan melakukannya dengan pantas,'' katanya. Sementara itu, Penolong Ketua Pengarah WHO, Bruce Aylward menjangkakan, wabak itu 'boleh mencapai antara 5,000 hingga 10,000 kes seminggu pada minggu pertama Disember ini. - AFP Kongsi Konten di : 8 317 TAJUK-TAJUK BERITA LAIN: • 14 orang maut dalam serangan udara Syria • MILF, MNLF setuju berunding • Taiwan rancang bina pelabuhan tentera di Spratly • Susilo pengerusi mesyuarat Kabinet kali terakhir • Pemimpin Hong Kong sedia berunding • Ratusan anggota IS terbunuh di Kobani • AS nafi askar terkena serangan kimia • Putin tuduh Obama musuhi Rusia • Al-Qaeda kuasai pekan di selatan Yemen • Lelaki berjaya buang tumor seberat 21 kg • Michael Jackson selebriti mendiang terkaya dunia • Angka korban tragedi Himalaya meningkat 29 orang • 12 terkorban dalam pertempuran di Libya • Mahkamah arah tangkap bekas menteri • Atasi banjir, kesesakan di Jakarta • Kemusnahan sekolah PBB di Gaza disiasat • Konflik di Hong Kong semakin memuncak • AS, sekutu bincang strategi tangani IS • Malaysia diseru serius selesai isu sempadan laut • Lebih 82 juta penduduk China miskin Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141016/lu_09/Penularan-Ebola-lebih-pantas#ixzz3GLBAG0OY © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment