Sokongan pengundi kaum India meningkat
June 1, 2014
KUALA LUMPUR - Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel berkata sokongan pengundi India untuk Barisan Nasional (BN) meningkat kepada 70 peratus pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, semalam.
Beliau berkata pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tahun lepas, jumlah peratusan pengundi India di kawasan itu memilih BN hanya 45 peratus daripada jumlah 11,468 pengundi kaum itu.
Justeru, Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, mengucapkan 'Nandri' (terima kasih) kepada masyarakat India di situ yang telah memberi kepercayaan dan harapan baharu kepada BN.
Beliau berkata kemenangan BN di enam Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang majoritinya pengundi India merupakan satu perkembangan yang cukup positif kerana pada PRU12 dan PRU13, hampir kesemua kawasan itu, khususnya di Ladang Nova Scotia, dikuasai pembangkang.
"Kali ini sokongan generasi muda Ladang Nova Scotia kepada calon BN (Datuk Mah Siew Keong) merupakan satu lagi petanda yang cukup baik untuk kebangkitan semula BN di Teluk Intan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Mah mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi selepas memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya yang mendapat 19,919 undi.
Terdapat 11,468 atau 19 peratus pengundi India daripada 60,349 pengundi di kerusi Parlimen Teluk Intan.
Di JELI, Kelantan, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kemenangan BN itu adalah hasil kerja yang tersusun daripada jentera BN.
"Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Mah Siew Keong dan seluruh jentera BN yang telah melakukan gerak kerja kempen yang sangat tersusun dan ia telah memberikan kelebihan untuk menang kali ini," katanya kepada pemberita di sini.
Mengulas kemenangan itu, Ahmad Zahid berkata, jumlah majoriti undi yang kecil bukan merupakan isu kerana apa yang lebih manis, ia mengembalikan maruah BN selepas tewas dengan majoriti lebih 7,000 kepada DAP sebelum ini.
Beliau yakin Parlimen Teluk Intan akan maju dan meminta segala janji pada pilihan raya kecil itu dilaksanakan dengan secepat mungkin. - Bernama

No comments:
Post a Comment