Saturday, 1 April 2017


“Saya sudah lama menaruh hati pada wanita itu. Saya pernah menyampaikan hasrat untuk mengahwininya, ternyata, wanita itu menerima lamaran saya. Pada mulanya saya sendiri seakan tidak percaya, kerana perkenalan kami baru berusia 3 bulan. Tetapi, apabila mendapat persetujuan dari si dia,  saya terus berbincang dengan ahli keluarga saya untuk menghantar rombongan meminang kepadanya. Kami mengikat tali pertunangan selama 6 bulan, setibanya majlis perkahwinan kami, si wanita menolak cinta saya yang saya sendiri tidak tahu akan sebabnya. Hati ini bagai dibelah-belah, cukup kecewa saya pada waktu itu, hati dan perasaan saya sudah hancur berkecai, pandangan masyarakat sekeliling pula terpaksa saya dan keluarga yang tanggung semua itu, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang kami rasa pada waktu itu, cukuplah dilukakan hanya sekali….”
Ada sesetengah perhubungan, walaupun ianya dibina dengan penuh kasih sayang namun masih juga retak di tengah jalan. Hajat untuk berkahwin, tidak kesampaian. Kalau yang masih belum bertunang, kurang lah sikit ‘beban’ malu nak kena tanggung, namun, apa pula bagi mereka yang dah bertunang tup tup putus di tengah jalan, perasaan kecewa, sedih dan malu untuk berdepan dengan masyarakat sekeliling lagi membuatkan kita berasa down.
Lelaki yang hebat tidak akan berasa sedih dan lemah apabila pinangannya ditolak oleh wanita. Bahkan lelaki-lelaki hebat seperti Rasulullah, Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat yang lain turut melaluinya. Rasulullah pernah meminang Ummu Hani binti Abu Talib semasa zaman muda sebelum Islam, namun pinangan baginda ditolak. Kemudian, selepas Islam,  baginda pernah meminang sekali lagi dan pinangan baginda juga ditolak namun dengan cara yang baik. Manakala, Umar Al-Khattab RA juga pernah ditolak pinangannya oleh ramai perempuan, salah satunya Ummu Aban binti Utbah.
Meskipun pinangan lelaki hebat ini ditolak oleh kaum perempuan, namun adakah ianya kerana mereka tidak laku? Salah! Ini kerana, tiada jodoh antara mereka. Jodoh, Maut, Rezeki, dan Takdir, semuanya di tangan Allah. “Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un” (Sesungguhnya segala sesuatu berasal dari Allah dan akan kembali padanya).
Jangan sesekali kita pertikai takdir Allah, sekiranya kita tidak boleh terima akan penolakan ini, ianya bererti kita menyalahi takdir Allah. Jangan kita cuba untuk campur tangan dalam takdir yang telah ditetapkan oleh Allah, kerana Dia tahu segala yang baik dan buruk. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Ingat, setiap penolakan sama ada dari segi cinta mahupun pinangan, jangan berfikiran sempit seolah-olah seperti dunia nak berakhir. Sesiapa sahaja pasti akan berasa kecewa, namun, perasaan ini mampu diubah. Kecewa adalah sebahagian dari Gharizatul Baqa’ (naluri pertahankan diri) yang Allah ciptakan pada manusia. Guna lah setiap anugerah Allah dengan sebaiknya.
Hidup mesti diteruskan, jangan lemah dan rebah hanya kerana cinta atau pinangan ditolak, kerana jika ada yang menolak, pasti akan ada pula yang sudi!

No comments:

Post a Comment