Kenapa wanita takut untuk berkahwin? Lelaki harus baca ini untuk memahami wanita
Semua wanita mengidamkan untuk mendapat suami yang baik dan solehah seperti watak ‘khuzairi’ dalam drama ‘7 hari mencintaimu’
Submitted by 21976 on 28 April 2017.
Kategori Artikel:
Setiap orang mengimpikan perkahwinan mereka bahagia dan indah. Namun pengalaman daripada orang lain atau keluarga sendiri yang tidak berjaya di alam perkahwinan mungkin akan mempengaruhi golongan yang belum berkahwin untuk tidak melangsungkan perkahwinan dan tidak berusaha mencari jodoh. Mereka lebih selesa dengan golongan sama jantina atau hidup bersendirian. Di sini, kami kongsikan sebab kenapa wanita takut untuk berkahwin supaya lelaki boleh memahami dan membantu mereka yang mempunyai masalah ini.
1. Takut mendapat suami yang tidak baik.
Ini mungkin menjadi sebab utama kenapa seseorang wanita itu takut untuk berkahwin. Semua wanita mengidamkan untuk mendapat suami yang baik dan solehah seperti watak ‘khuzairi’ dalam drama ‘7 hari mencintaimu’. Memang mustahil untuk mendapatkan suami yang bersifat sempurna. Namun, itulah wanita. Mereka mengangankan untuk mendapatkan lelaki seperti itu.
Jadi, si lelaki harus berusaha untuk menjadi lelaki yang baik dan soleh. Belajar ilmu agama yang cukup dan berusaha menjadi suami yang baik walau tidak sesempurna watak ‘khuzairi’.
2. Pernah putus cinta.
Pernah gagal dalam percintaan merupakan antara sebab mereka tidak percaya lagi kepada lelaki. Mungkin pengalaman mereka yang lepas, sesuatu yang buruk dan mimpi ngeri buat mereka. Hasil daripada kesan inilah yang membuatkan mereka takut atau serik untuk mencari yang baru. Kesan inilah juga yang menyebabkan mereka sanggup bersendirian dan tidak mahu untuk berkahwin.
Bagi lelaki yang mahu mendekati perempuan yang ada pengalaman buruk ini, mereka harus menunjukkan kesungguhan. Tunjukkan bahawa bukan semua lelaki mempunyai sifat yang sama seperti pengalaman buruk si dia pada waktu yang lepas. Jumpa dengan keluarga dia supaya si dia tahu anda betul-betul ikhlas untuk berkahwin dengannya.
3. Tidak mahu dikongkong.
Kebanyakkan wanita zaman kini lebih suka hidup bebas dan tanpa pengawalan orang lain. Mereka mahu bersosial, makan minum dengan kawan-kawan, ‘shopping’ dengan bebas. Mereka merasakan berkahwin akan menyebabkan aktiviti-aktiviti yang selalu mereka lakukan akan menjadi terbatas dan dikawal. Jadi, dengan perasaan inilah menyebabkan mereka takut dan tidak bersedia untuk bergelar seorang isteri kepada lelaki yang bergelar suami.
Untuk lelaki mendekati perempuan jenis ini, lelaki harus banyak bersabar. Beri mereka masa dan kefahaman bahawa perkahwinan bukanlah bermaksud mengawal hidupnya bahkan melengkapkan hidupnya. Kadang-kadang mereka tidak diberi kefahaman yang betul dan terpengaruh dengan rakan-rakan yang juga tidak faham.
4. Pentingkan kerjaya dan karier.
Kerjaya atau karier juga menjadi salah satu penyebab untuk perempuan lupa mengenai perkahwinan. Selain itu, mereka juga takut jika berkahwin akan menyebabkan karier mereka hilang atau terbantut. Mereka bimbang selepas kahwin, mereka dipaksa untuk menjadi suri rumah sepenuh masa oleh suami dan dihalang untuk pergi kerja. Pemikiran seperti ini sentiasa bermain-main di fikiran mereka.
Kepada lelaki yang berhadapan dengan ciri-ciri wanita seperti ini, pertama mereka sendiri haruslah berkarier dan mempunyai kerjaya tetap untuk menyakinkan si dia. Agak susah untuk si dia tertarik dengan lelaki yang tidak ada kerjaya sedangkan si dia mempunyai kerjaya. Kemudian, beritahulah kepada si dia yang anda menyokong kerjaya dan menghormati kariernya. Ini adalah penting supaya si dia merasai kebersamaan anda dengan si dia dan walau apa keputusan yang diambil selepas kahwin, haruslah bersama.
Ini adalah beberapa sebab dan tips yang dapat kami kongsikan untuk lelaki bagi memahami wanita kenapa ada sesetengah daripadanya takut untuk berkahwin. Semoga bermanfaat!
© Radius Progressive (1128382-X) versi 13 (2006 - 2017)
No comments:
Post a Comment