Friday, 10 June 2016

Kisah seram saya ini telah di ceritakan kepada saya oleh arwah Pak Long saya. Arwahnya dahulu adalah seorang pemandu teksi yg beroperasi menghantar penumpang dari Melaka ke Kuala Lumpur sahaja dan dari Kuala Lumpur ke Melaka. Cerita hantu yang di ceritakan oleh Pak Long saya ni adalah kisah yang telah lama menghantui lebuhraya Ayer Keroh. Kisahnya adalah mengenai makhluk yang tidak berkepala, menjelma di pinggir lebuhraya dan menahan kereta yg lalu di sana.
Pada suatu malam, seorang rakan pemandu teksi Pak Long telah menerima seorang penumpang yang ingin pulang ke Kuala Lumpur . Waktu itu kira-kira jam 11 malam. Tanpa menolak rezeki, pemandu teksi itu terima dan menghantar penumpangnya ke Kuala Lumpur.
Dipendekkan cerita, pada pukul 3 pagi, dalam perjalanan pulang ke Melaka, berhampiran dengan plaza tol Ayer Keroh Melaka, rakan Pak Long ternampak seorang lelaki muda yang melambai² seperti inginkan teksi itu berhenti. Terlintas pula dalam fikirannya teringatkan kisah hantu tanpa kepala lalu dia pun tak berhenti. Sambil melihat cermin "rear view" dia perasan yang pemuda itu berkepala dan berasa serba salah kerana tak berhenti. Mungkin pemuda itu benar² dalam kesusahan. Lalu dia hentikan teksinya lebih kurang 200m ke hadapan dan reverse menuju ke arah pemuda itu.
Sampainya ke tempat pemuda itu berdiri, dia turunkan tingkapnya dan pemuda itu dengan muka senyum tunduk dan tanyakan "Kenapa tak berhenti siang² tadi bang?" Pemandu pun jawab, "Maaflah dik, Abang ingat hantu tanpa kepala tadi " Dengan ketawa, pemuda tu pun jawab, "Hahahaha apalah abang… Takde kepala???? MCM NI!!!!!???" (dia cabut kepalanya dan letakkan atas dashboard) Rakan Pak Long pengsan hingga ke pagi.. Setahu saya kisah ini benar berlaku.

Cerita Hantu Misteri Penumpang Tak Berkepala Di Lebuhraya Ayer Keroh | Kesimpulan

Kesimpulannya jangan sesekali menegur benda pelik yang berlaku di sekitar kita pada malam hari.. Kalau korang ada cerita hantu atau pengalaman yang menyeramkan yang ingin di kongsikan bersama dengan pembaca lain korang boleh la emelkan pada aku di admin@sharafie.net ataupun korang boleh ke ruang Hubungi untuk menghubungi aku.. Sekian, terima kasih..

No comments:

Post a Comment