Wednesday, 29 June 2016

AWAS PENCURI DIBULAN RAMADHAN

1) TV...

Ini merupakan pencuri y ang merbahaya, yang boleh merosakkan puasa seseorang dan mengurangi pahalanya, seperti filem, drama dan iklan murahan yang mendedahkan aurat.

2) Pasar...

Ini juga merupakan pencuri istimewa dalam menghabiskan wang dan waktu tanpa batas. Oleh kerana itu, tentukan perbelanjaan kita mengikut keperluan ketika pergi ke pasar.

3) Berjaga Malam Untuk Perkara Yang Lagha...

Pencuri yang mengambil waktu yang paling berharga. Pencuri yang mengambil solat tahajud dari seseorang hamba di sepertiga malam terakhir dan mencuri kesempatan untuk istighfar serta taubat.

4) Dapur..

Pencuri yang banyak mengambil waktu yang panjang untuk membuat berbagai jenis masakan, berupa makanan dan minuman. Hampir-hampir semuanya tidaklah masuk  ke mulut, kecuali sedikit sahaja.

5) Handphone...

Sebahagian orang hanya sekadar menjawab panggilan masuk namun ia boleh diserang dengan dosa berupa mengumpat, mengadu domba, dusta, memuji diri sendiri atau orang lain, menceritakan rahsia dan keaiban orang lain, berdebat tanpa ilmu, ikut campur urusan orang, dan sebagainya dari kesalahan-kesalaham mulut yang banyak yang juga merupakan majlis yang kosong dari zikir.

6) Bakhil...

Sedekah akan melindungi kita dari neraka, dan sebaik-baik sedekah adalah di bulan Ramadhan; maka bersedekahlah secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.

 7) Majlis yang kosong dari mengingati Allah...

Pencuri ini adalah yang mempersiapkan bagi kita penyesalan di hari kiamat. Nabi shallaalhu alaihi wa sallam bersabda: "Tidaklah suatu kaum bermajlis, tidak mengingati Allah dan tidak juga berselawat kepada Nabi mereka kecuali mereka meninggalkan penyesalan. Jika Allah mahu maka Allah akan menyiksa mereka, jika  berkehendak, Allah mengampuninya."

Adapun pencuri terbesar adalah FACEBOOK dan/atau WHATAPPS apabila tidak digunakan dengan benar dalam kebaikan dalam menyambut tamu yang berharga ini (Ramadhan).

Bukan bermakna perkara-perkara yang kami sebutkan ini tidak penting langsung...ia juga boleh mendatangkan manfaat jika digunakan dengan baik namun jika terlajak penggunaannya maka ia akan 'mencuri' banyak masa berharga kita, ia perlu dikawal segera.

Kerananya, dikhuatiri kita serba tak sempat, meraih 1001 peluang ibadat di bulan berkat.

Marilah kita mewasiatkan kepada diri kita untuk menghidupkan bulan yang mulia ini; jika kita mendapatinya pada tahun ini, maka belum tentu kita akan dapatkannya pada tahun-tahun yang akan datang.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Kredit: Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

No comments:

Post a Comment