Kenapa guru wajar diambil daripada lepasan spm yang kurang cemerlang? Kurang cemerlang bukan bermakna tak pandai atau gagal dalam spm. Kurang cemerlang yang aku maksudkan ialah pelajar memperoleh keputusan bukan semua A. Maknanya ada la sikit-sikit merasa B dan C. Syarat Pengambilan Guru, Keputusan SPM Mesti Kurang Cemerlang! Setuju tak?
Dulu masyarakat memandang profesion pendidikan hanyalah profesion untuk yang tak berapa pandai. Orang bijak pandai masuk Universiti, yang kurang pandai masuk maktab perguruan. Budak pandai ni nanti keluar universiti jadi Pegawai, budak tak berapa pandai keluar maktab jadi cikgu. Generasi tahun 80an ke bawah merasa la keadaan macam ni. Sehinggalah ibu bapa pada waktu tu memandang jelek akan profesion pendidikan.
Syarat Baru Kemasukkan Ke IPGLalu satu perubahan besar-besaran dilakukan dalam sistem pendidikan negara. Dimana syarat untuk masuk ke maktab perguruan (IPG) dinaikkan. Maktab-maktab perguruan juga dinaik taraf menjadi Institut Pendidikan Guru bertaraf Universiti. Semua ni untuk mengikis persepsi masyarakat terhadap profesion pendidikan. Zaman sekarang, lepasan SPM yang cemerlang sahaja akan terpilih ke IPG.
Mungkin kita tak sedar, wujud kepincangan apabila perubahan ini berlaku. Kesannya jelas terlihat pada generasi sekarang. Bukan sahaja anak-anak yang terlahir dari institusi sekolah, malahan guru-gurunya juga terkesan dengan perubahan tersebut. Akan datang mungkin lagi dahsyat.
Pada pendapat aku, syarat untuk masuk ke ipg yang dulu lebih relevan berbanding sekarang. Sebabnya, apa yang aku nampak, orang cemerlang agak sukar mengajar budak-budak sekolah. Mereka tak sesuai jadi cikgu sekolah yang tahap pemikirannya masih belum cukup dewasa. Tetapi orang cemerlang ni layak mengajar di universiti menjadi lecturer yang sememangnya orang yang pandai-pandai je nak belajar.
Orang yang ada pengalaman menghadapi kesukaran memahami sesuatu subjek masa sekolah apabila menjadi guru, dia adalah seorang guru terbaik. Orang pandai jarang tak faham apa yang guru cakap di depan kelas. Bila orang pandai menjadi guru, mereka tak nampak kat mana yang murid-muridnya tak faham. Lepas tu mula la nak marah murid.
Mungkin sebab inilah fungsi guru sudah bertukar daripada mendidik kepada mengajar. Mengajar apa yang disuruh ajar. Memberitahu apa yang perlu murid tahu. Nak jadikan murid pandai, hantarkan saja ke kelas tuisyen. Disana akan dilatih tubi sehingga murid tahu apa yang mereka perlu tahu, dan buat apa yang seperti diajarkan di dalam kelas. Inilah salah satu daripada kesan sampingan apabila guru yang mengajar terdiri daripada orang yang cemerlang dalam pelajaran di peringkat sekolah.
Kita tidak mahu melihat fenomena menghantar anak ke kelas tuisyen ini menjadi satu budaya sebab guru tidak mampu memahamkan murid di dalam kelas. Kita mahu melihat anak-anak faham sesuatu yang diajar di sekolah tanpa menghadiri kelas-kelas tusyen. Situasi ini akan menampakkan kegagalan fungsi guru di dalam kelas. Sedih sangat bila ada ibu bapa yang marahkan cikgu sebab terpaksa hantar anak ke kelas tuisyen semata-mata nak bagi faham subjek yang sudah diajar di sekolah.
Pada aku, sudah sampai waktunya pengambilan ke IPG diwajibkan dari kalangan lepasan SPM yang kurang cemerlang. Takkan hina la orang yang kurang cemerlang ni menjadi guru kepada anak-anak kita. Semua tu cuma persepsi yang telah disumbatkan dalam fikiran kita.