Wednesday 9 December 2015

MT UMNO putuskan hanya Najib sampaikan ucapan penggulungan
Mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO memutuskan, hanya Najib akan berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2015 nanti.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal tidak akan berucap pada sesi penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 Sabtu ini.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesyuarat tersebut memutuskan hanya Najib akan berucap pada sesi penggulungan perhimpunan itu nanti.

"Saya akan duduk dalam mesyuarat sampai selesai, sebab saya Timbalan Presiden (UMNO) dan hak saya sebagai Timbalan Presiden saya akan terus duduk dari awal sampai akhir," katanya selepas menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn di sini hari ini.

Sebelum ini, Najib mengumumkan MT telah memutuskan mesyuarat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agung UMNO hanya akan dirasmikan ketua sayap masing-masing dan bukannya Muhyiddin.

Keputusan itu memyebabkan Muhyiddin sedih dan kecewa sekali gus mendakwa dirinya tidak lagi berpeluang menyampaikan amanat kepada ahli UMNO yang disayanginya.

Menurut Muhyiddin lagi, beliau sudah meminta untuk diberi peluang berucap pada persidangan itu.

Bagaimanapun, konsensus MT UMNO memutuskan untuk mengekalkan keputusan yang dibuat sebelum ini.

"Cuma yang saya kecewa, saya merayu dengan Datuk Shafie supaya diberikan peluang berucap, nampaknya dia kata tidak boleh juga daripada perbincangan MT itu menghalang saya.

"Saya tidak tahu mengapa tetapi itulah keputusan, saya tidak berapa bersetuju, sepatutnya berilah peluang dan MT dah buat keputusan apa saya nak kata," ujar beliau.
Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal juga membangkitkan rayuan untuk berucap pada persidangan itu.

"Mesyuarat berjalan lancar daripada selagi aturan tidak ada apa berbangkit tentang usul seperti disebutkan, pemecatan atau apa, saya cuba minta rayuan saya supaya memberi peluang kepda saya berucap dan keputusan MT supaya saya boleh berucap itu sahaja," tambahnya. 

No comments:

Post a Comment