Wednesday 9 December 2015

Keputusan MT UMNO tutup spekulasi - Zahid
AHMAD ZAHID: Tidak timbul sebarang isu berbangkit dan menafikan kontroversi melibatkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. -
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan yang dicapai dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini sekali gus menutup semua spekulasi yang timbul sebelum ini.

Justeru, katanya tidak timbul sebarang isu berbangkit dan menafikan kontroversi melibatkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Sebagaimana yang saya nyatakan dalam sidang akhbar tengah hari tadi, bahawa hanya dua agenda sahaja yang dibincangkan terutama laporan daripada ahli Majlis Tertinggi terutama persidangan diadakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang diwakilkan semua wakil sayap kedua usul diperbentangkan, ekonomi, pendidikan, dan agama.

"Selain daripada itu tidak ada perbincangan melibatkan jawatankuasa disiplin dan sebagainya, presiden, timbalan dan naib orang sama tidak timbul masalah spekulasi seperti di luar sana," katanya selepas menghadiri Mesyuarat MT UMNO di Menara Dato' Onn di sini hari ini.

Justeru, beliau berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak sepatutnya ditimbulkan dalam parti.

"Sesungguhnya kebijaksanaan ini telah dilakukan oleh presiden parti, maka janganlah membuat spekulasi yang agak negatif di luar.

Apa yang telah diputuskan akan dilaksanakan, ucapan penggulungan apa yang telah diputuskan mengikut yang berlaku di sayap hanya ketua sahaja, keputusan sudah dibuat, maka penggulungan akan dilakukan presiden parti sahaja," jelas Ahmad Zahid.

No comments:

Post a Comment