Desakan bekas ratu cantik negara, Soo Wincci yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan merupakan tindakan emosi tanpa sebarang rujukan undang-undang.
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, Wincci seharusnya lebih faham mengenai undang-undang dan tidak memanipulasinya kerana dia sendiri adalah bekas pelajar jurusan undang-undang University of Reading di United Kingdom.
"Sebagai salah seorang artis yang mempunyai latar belakang undang-undang, seharusnya dia tahu negara ini adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
"Setiap lima tahun akan diadakan pilihan raya bagi menentukan Kerajaan dan kepimpinan negara. Sebagai seorang yang sepatutnya memahami sistem undang-undang 'innocent till proven guilty' tetapi dia lebih suka menghukum dengan mengikuti emosi dan persepsi yang dimainkan oleh pihak-pihak berkepentingan," katanya kepadaAstro AWANIdi sini hari ini.
Armand mengulas kenyataan Wincci di sebuah portal pada Isnin yang mengatakan desakannya untuk Najib berundur merupakan satu tanggungjawab.
Sebelum ini juga Wincci yang juga pemenang Miss World Malaysia 2008 menyatakan tidak menyesal mengeluarkan video menuntut Najib meletakkan jawatan ketika perhimpunan Bersih 4 pada akhir Ogos lepas.
Kenyataan Wincci berkaitan desakan kepada Najib untuk meletak jawatan sebelum ini menyebabkan penaja menarik balik tajaan konsert solo pertamanya namun bekas ratu cantik itu menggunakan dananya sendiri untuk konsert pada 31 Oktober lalu.
Dalam pada itu kata Armand, Wincci diminta tidak menyalahkan Najib seandainya album nyanyiannya gagal mendapat sambutan.
"Tindakan Wincci mengeluarkan video menuntut Najib meletak jawatan ketika Bersih 4 sebelum ini membuat penaja tidak mahu menaja konsertnya.
"Penaja juga tidak mahu terlibat dengan penggerak himpunan haram yang merosakan imej negara di mata dunia, seharusnya dia tahu implikasi sebelum mengikut gerakan Bersih 4 sebelum ini," jelasnya.
Pada 2013, Wincci pernah berada di tangga ke-91 dalam Indipendent Critics bagi kategori 100 Wajah Paling Cantik.
Wincci pada waktu itu berada sebaris dengan beberapa selebriti lain yang turut pertama kali dicalonkan seperti Anna Koncakovskaya (Rusia), Marcela Guirado (Mexico), Meghan Markle (Amerika Syarikat) dan Gabriella Wilde (United Kingdom).
No comments:
Post a Comment