Sunday, 7 June 2015

Tun M Lawat Mangsa Bencana Tapi Najib Pergi Makan Angin Dengan Jet Baru....


Gempa bumi di Sabah: Tun Dr Mahathir tiba di Kota Kinabalu dengan bush jacketnya dalam usianya mencecah 90 tahun untuk melihat sendiri bencana gempa bumi di Sabah semalam.
Nilai Seorang NEGARAWAN
11 Disember 1993 menyaksikan suatu tragedi dahsyat yang berlaku di Highland Tower. Dengan masih berpakaian pejabat, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku PERDANA MENTERI MALAYSIA ketika itu hadir sendiri ke tapak bencana dan mengarahkan supaya siasatan punca kejadian dijalankan dan turut menggunakan hubungan diplomatiknya dengan memanggil bantuan pakar SAR antarabangsa bagi mempercepatkan proses menyelamat.
Hari ini di kala umurnya sudah mencecah 90 tahun pun, Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir tetap turun ke kawasan bencana gempa bumi di Sabah baru-baru ini biarpun sekarang tidak lagi menjawat jawatan PERDANA MENTERI MALAYSIA.
Inilah jiwa seorang pemimpin yang sebenar yang tidak meletakkan bermain golf, kenduri kahwin, lawatan ke luar negara, atau kepentingan peribadi jauh lebih utama berbanding bersama2 dengan rakyat ketika bencana datang melanda.
Inilah NEGARAWAN hakiki, Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin ulung Malaysia. Semoga Tun Mahathir dipanjangkan usia dalam kesihatan dan kerahmatan.
Amin InshaAllah.

No comments:

Post a Comment