Polis India tahan pemandu teksi atas dakwaan gangguan seksual
Agensi | Kemas kini: Jun 02, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 02, 2015 20:29 MYT)
NEW DELHI: Polis India telah menahan seorang pemandu Uber atas dakwaan gangguan seksual oleh seorang penumpang wanita yang telah menimbulkan kebimbangan baru mengenai keselamatan perkhidmatan teksi itu.
Penangkapan itu berlaku selepas seorang wanita dirogol oleh pemandu Uber di New Delhi tahun lepas yang mencetuskan kritikan terhadap pemeriksaan keselamatan syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat. .
Dalam kes terbaharu, mangsa memberitahu polis bahawa pemandu cuba menciumnya “secara paksa” selepas tiba di destinasinya di Gurgaoon, sebuah Bandar di barat daya Delhi.
Pesuruhjaya Polis Navdeep Singh Virk memberitahu AFP melalui sistem pesanan ringkas bahawa pemandu yang merupakan seorang penduduk Delhi berusia 40 tahun, telah ditangkap atas tuduhan gangguan seksual.
India memperkenalkan undang-undang ketat berhubung kes gangguan setelah kes rogol berkumpulan dengan kejam yang melibatkan seorang pelajar fisioterapi berusia 26 tahun di dalam bas Delhi pada tahun 2012.
Uber, yang menghubungkan penumpang kepada pemandu melalui aplikasi telefon pintar, berkata perkhidmatan pemandu itu telah digantung.
Uber dituduh gagal untuk menjalankan pemeriksaan latar belakang yang mencukupi berikutan dakwaan rogol pada tahun lepas.
Susulan itu, perkhidmatan Uber diberhentikan sebelum disambung semula apabila Uber memohon lesen baharu untuk beroperasi sebagai perkhidmatan teksi radio – namun permohonan itu masih belum selesai.
Syarikat berkenaan kian berkembang pesat di seluruh dunia namun menghadapi bantahan daripada perkhidmatan teksi tradisional.

Berita Berkaitan
- Fenomena cuaca panas popularkan aiskrim 'Hitler' di India
- Lelaki dikesan dengan tumor buah pinggang seberat 5kg
- Tetamu terkejut besar, pengantin lelaki bawa tandas sebagai hantaran
- PM nafi abai Bumiputera bagi dapatkan sokongan Cina dan India
- Bakal suami mabuk, pengantin perempuan hentikan majlis perkahwinan
No comments:
Post a Comment