Rogol Rohingya: 'Mangsa melawan walau berhadapan kematian' - Dr Abdul Jalil
Wan Syamsul Amly, Astro Awani | Kemas kini: Jun 02, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 02, 2015 09:47 MYT)
KUALA LUMPUR: Wanita-wanita Rohingya yang dirogol di kem transit sindiket pemerdagangan manusia di Padang Besar, Thailand berhadapan risiko tekanan perasaan selain menyimpan dendam untuk menuntut bela terhadap tragedi yang menimpa mereka.
Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan berkata, nasib wanita yang diperlakukan seperti hamba seks itu ibarat bertarung nyawa dengan menjadi pelarian dan mencari rezeki di negara lain.
"Mereka tetap melawan walaupun akhirnya akan dibunuh. Tekanan yang dialami wanita berkenaan berada di tahap serius dan sukar untuk diramal tindakan susulan yang akan dilakukan.
"Ia kesan rogol, walaupun mereka sudah mengalami tekanan hebat, rogol menambah tekanan yang ada dan mangsa akan melakukan apa sahaja untuk membalas dendam.
"Ada kemungkinan mayat yang dijumpai merupakan mangsa rogol dan dibunuh kerana melawan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
BACA: "Setiap malam mereka dirogol," pendedahan dari kem pemerdagangan manusia
Dr Abdul Jalil mengulas pendedahan wanita Rohingya yang menyifatkan ada pelarian yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai oleh pengawal kem transit sindiket pemerdagangan manusia di Padang Besar, Thailand.
Kata wanita berkenaan, ada mangsa rogol yang telah mengandung dipercayai akibat perbuatan pengawal itu.
BACA: Najib minta cari 'kepala' sindiket pemerdagangan manusia
Dalam pada itu, kata Dr Abdul Jalil, beberapa kes sebelum ini membuktikan mangsa rogol akibat peperangan atau bencana seumpama itu mengalami kesan psikologi jangka panjang.
"Mangsa akan ingat apa yang terjadi dan fikiran mereka terlalu terganggu. Ia mungkin sengaja dilakukan perogol untuk memberi tekanan emosi dan mahu memberi kesan psikologi berpanjangan," ujarnya.
BACA: Kem pemerdagangan manusia berpotensi jadi destinasi pelancongan - Shahidan
Ketika ditanya apakah mangsa rogol berkenaan berhadapan risiko atau kemungkinan membunuh diri, ini kata Dr Abdul Jalil: "Saya tidak nampak kemungkinan mereka membunuh diri akibat dirogol kerana apa yang dilalui sejak menjadi pelarian sudah terlalu perit untuk mangsa.
"Jika hendak membunuh diri, mereka sudah lama membunuh diri. Namun dalam kes sebegini, mangsa dilihat akan melawan dan membalas dendam dengan membunuh kembali perogol.
"Namun, realitinya mereka tidak akan mampu membuat demikian sehingga akhirnya berhadapan risiko dibunuh."
BACA: "Saya hanya mahu mati," kata mangsa tahanan di Wang Kelian
Sebelum ini, seorang pelarian Rohingya dilaporkan berkata lebih baik untuk mati daripada terus ditahan di kem transit Wang Kelian.

Berita Berkaitan
- Pelakon Matt Dillion melawat kem pelarian Rohingya di Myanmar
- Saya tahu siapa Yassin - Ketua Polis Negara
- Zakat Rohingya: 'Ramai lagi rakyat kita yang susah' - Che Mat
- Warga asing mudah bolos, penguatkuasaan sekitar perairan Langkawi didakwa longgar
- Polis mula operasi gali kubur di Hutan Simpan Mata Ayer di Lubuk Sireh Rabu ini
No comments:
Post a Comment