Polis menahan 78 remaja lelaki dan 18 perempuan di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Sentul jam 5 pagi tadi disyaki melakukan pesta bogel dan dadah.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisionser R Munusamy berkata, seramai 46 daripada jumlah itu dilaporkan positif dadah dan 10 individu berkenaan adalah pelajar sekolah menengah dan kolej.
"Serbuan dilakukan sepasukan anggota polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul selepas menerima maklumat awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, ketika serbuan di rumah itu terdapat beberapa orang individu berkenaan terbaring dalam keadaan bogel di atas lantai termasuk di dalam bilik air rumah berkenaan.
Katanya, semua yang ditahan di bawa ke IPD Sentul untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya.
Sumber: Metro
No comments:
Post a Comment