[Kisah aku dan dia, cewah]
Kisah bermula Mei 2014. Pensyarah yg amat aku hormati knalkn aku pd seorng muslimin, final year medic student, university of Mansoura.
Jujur, tidak pernah ak terfikir utk berkahwin di usia ini. Usia masih di universiti. Namun,segalanya seperti dipermudahkan Allah. Satu gmbar dikirim melalui orng tengah. Sekali pandang tidak berkenan. Dua kali pandang juga tidak berkenan ( maaf en suami). Hehe. Namun, jodoh itu rahsia Allah.
Solat istikharah dilakukan jua kerana Dia mengetahui segala sesuatu. Petunjuk dr dia yg aku perlukan. Bukan nilaian nafsu semata. Selepas istikharah, masih juga tidak berkenan tetapi terasa tenang di hati. Entah mengapa diri terasa makin dekat padaNya.
Musyawarah juga tidak aku lupa. Segala perkhabaran mengenai dirinya adalah yg baik2 shaja. Keyakinan aku bertambah. Soleh agamanya, kata insan yg mengenali beliau. Maka, dengan nama Allah..aku memberi respon positif utk meneruskan taaruf.
Seorang di Mesir dan seorang di Malaysia, jauh sungguh kami bertaaruf. Hanya melalui fb dan Ahmad Mahfuz Najhan sbgai pemantau supaya kami tidak chatting hnya berdua.
Sepanjang bertaaruf satu perkara aku sedar pasal beliau. Ya soleh tp agak syadid. Aku mula khuatir krna syadid ini agak tidak kena dngn perwatakan aku . Berbekalkan keyakinan pd Allah, lamaran beliau tetap aku terima. Tenang.
Kami bertemu buat kali pertama semasa bertunang, 6 Syawal 2014 dan itupun aku x melihat rupa tunangku sbb x pkai spek. 5 bulan tempoh pertunangn, bnyk juga ujian. 21 Feb 2015, kami selamat diijab qabul. Maha suci Allah yg mengatur segala sesuatu. Dan hari ini, beliau yg aku katakan ‘tidak berkenan’ itulah yg aku mula jatuh cinta. Dan beliau yg aku katakan ‘syadid’ itulah yg selalu menghiburkan hati ini.
Maka, benarlah janji Allah supaya memilih yg beragama utk bhagia. Nasihatku pd kalian, pilihlah yg beragama. Yakin dengan janji Allah!
Terima kasih Allah utk anugerah ini.
Dan terima kasih zauji Mohd Aliffitri kerana mnjadi suami yg sngatttttt baikkk.
# mga Allah redha akan ikatan ini dan moga kita kuat utk membina baitul muslim wal haraqi.
#terima kasih pd semua yg membantu sehingga kami sah bergelar suami isteri. Jazakumullahu khairan kathira.
No comments:
Post a Comment