Tan Sri Jamaluddin Jarjis Antara Mangsa Nahas Helikoper Terhempas Di Semenyih
Bernama hari melaporkan yang sebuah helikopter membawa enam orang termasuk juruterbangnya terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang tadi.
“Maklumat awal yang diterima menyatakan helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
UPDATE-1: Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis disahkan berada dalam helikopter tersebut.
Beliau berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian.
Bomba juga belum mengenal pasti jenis helikopter itu.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata tiga mayat nahas helikopter itu telah ditemui, dan pihak berkuasa sedang mencari tiga lagi penumpang lain.
Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.
“Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu,” katanya kepada Bernama.
No comments:
Post a Comment